Petua Untuk Menguatkan Antibodi ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 2 December 2012

Petua Untuk Menguatkan Antibodi


Petua Untuk Menguatkan Antibodi

1. Elakkan pengambilan ubatan (dan produk), rawatan dan pembedahan yang tidak perlu.

2. Kurangkan pengambilan antibiotik.

3. Jaga kebersihan.

4. Elakkan sabun dan detergent antibakteria. Tubuh perlukan bakteria umum untuk mengenal kuman baru. Produk antibakteria hanya membantu membentuk bakteria kebal.

5. Elakkan suntikan vaksin.

6. Jangan buang organ-organ sistem imun yang penting (tonsil, apendiks, limpa) tanpa alasan yang wajar.

7. Jauhi sinaran terik matahari dan radiasi elektro-magnetik. Radiasi ultraungu (UV) dari pancaran matahari boleh menjejaskan sistem imun. Apabila kulit terlalu terdedah kepada radiasi UV, aktiviti sel-sel berdarah putih yang menghasilkan antibodi akan tertekan. Kesan-kesannya bukan sahaja membabitkan bahagian kulit yang terdedah kepada matahari, malah boleh berlaku pada bahagian kulit yang terlindung dan seluruh sistem imun. Akibatnya, tubuh gagal menghasilkan antigen yang diperlukan untuk melindungi pelbagai penyakit.

8 Awasi kimia berbahaya. Elakkan tampalan raksa untuk gigi, kosmetik yang mengandungi kimia beracun, plastik dan cat kerana kesemuanya menekan sistem imun. Tanda-tanda umum kesan keracunan logam berat termasuklah sakit kepala, tekanan darah tinggi, letih, sakit otot, sakit sendi, masaalah penghadaman, sembelit, bingung, ketidak seimbangan hormon dan kemurungan.

9. Pilih diet yang sihat. Kekalkan diet yang sihat dan seimbang. Amalkan pemakanan yang baik, iaitu makan makanan tulen. Tubuh memerlukan vitamin, zat galian, dan sumber protein serta karbohidrat yang seimbanguntuk membina semula sel-sel dan berfungsi dengan sempurna. Kekurangan zat makanan menyebabkan organ-organ yang sepatutnya melindungi kita menjadi lemah, dijangkiti dan gagal berfungsi. Kekurangan vitamin atau zat galian merendahkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit.

10. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia mengandungi vitamin-vitamin penting selain fitokimia yang membantu tubuh menentang penyakit.

11.Rempah ratus meningkatkan kadar rembesan Imunoglobulin A (sejenis antibodi). Makanan pedas seperti cili dan serbok biji sawi juga baik untuk memulihkan selesema. Ia mengandungi bahan-bahan yang dipanggil “micolytics” yang mencairkan lendir yang terkumpul dslsm sinus dan saluran pernafasan.


sumber : Ensiklopedia Petua Melayu Lama

Share:

2 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...