Anjing ini warisi harta tuannya yang bernilai RM5.4 juta ~ Bila Han Bercerita

Thursday 22 January 2015

Anjing ini warisi harta tuannya yang bernilai RM5.4 juta

Anjing ini warisi harta tuannya yang bernilai RM5.4 juta
Pemilik Rose Ann Bolsany bergambar di New York dengan Bella Mia. Sumber foto mirror.co.uk.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seekor anjing baka Maltese Terrier bakal menjadi antara anjing terkaya selepas tuannya membuat keputusan untuk mewasiatkan kesemua harta kekayaan dan simpanannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta) kepada anjing tersebut.

Rose Ann Bolsany yang bekerja sebagai akauntan dikatakan terlalu menyayangi anjing peliharaannya yang berusia tiga tahun itu.

Rose Ann yang kini mencecah usia 60 tahun dikatakan berbuat demikian untuk memastikan anjingnya itu terus hidup dalam kemewahan walaupun selepas kematiannya.

Difahamkan, anjing yang diberi nama Bella Mia ini mempunyai bilik tidur sendiri, lengkap dengan pakaian anjing dan diberi stik mignon sebagai makan malam.

”Anak-anak saya sudah besar dan berjaya. Mereka tidak memerlukan wang saya.

“Kami sudah biasa memberi kehidupan mewah kepada Bella Mia, sebab itu saya mahu memastikan dia mempunyai segala-galanya apabila saya sudah tiada nanti,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan Metro.co.uk kelmarin.

Anjing yang pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Fesyen Haiwan Kesayangan New York dua tahun berturut-turut itu bakal mewarisi harta seperti barang kemas, dana amanah dan rumah percutian.

Rose Ann yang berasal dari Queens, New York berkata, ketiga-tiga anaknya tidak marah dengan tindakannya.

sumber

P/s: anjing pon sekarang hidup mewah.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...