SITI MARDIAH OTHMAN bersama kucing baka Sphnye di Laman Penternakan sempena MAHA 2014 di MAEPS, Serdang
Minat mendalam terhadap kucing membuatkan seorang pelajar, Siti Mardiah Othman, 27, sanggup membelanjakan lebih RM1,000 setiap bulan hanya untuk perbelanjaan makanan haiwan kesayangannya itu.
Siti Mardiah (gambar) yang kini memiliki 20 ekor kucing dari baka Sphnyx, Ocicat, Maine Coon dan Oriental berkata, dia tidak lokek untuk berbelanja kerana minat memelihara haiwan tersebut telah bermula sejak umurnya 10 tahun lagi.
Katanya, kos itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti kemudahan tempat tinggal, barang perhiasan serta keperluan kucing.
“Saya rasa puas menjaga kucing sebab haiwan ini seolah-olah memahami perasaan kita. Malah, menjaga kucing ini juga rasa seperti menjaga anak sendiri,”katanya ketika ditemui dalam Pertandingan Kucing Peringkat Antarabangsa di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2014, Serdang dekat sini hari ini.
Siti Mardiah berkata, kebanyakan kucing peliharaannya merupakan pemberian daripada rakan-rakan selain dibeli.
Sementara itu, penganjur pertandingan tersebut, Adilah Roose berkata, 132 peserta menyertai pertandingan yang pertama kali diadakan dalam pameran MAHA. Katanya, peserta pertandingan itu menghantar kucing baka tertentu selain daripada kucing jenis biasa.
sumber
0 comments:
Post a Comment