Tuesday, 6 January 2015

Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna

Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna


Sebuah kolej yang berpusat di London kini menawarkan kursus khas untuk mengambil gambar secara selfie paling sempurna.

Pengajian yang dinamakan ‘The Art of Portraiture’ ini mensasarkan untuk memberi penekanan terhadap pemahaman kritis mengenai seni mengambil gambar sendiri.

Bertempat di Kolej City Lit, para penuntut akan menjalani kuliah sebanyak empat sesi dengan yuran pengajian sebanyak £132 (RM714).

Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna

Antara intipati yang bakal diketengahkan termasuklah pengunaan ruang persekitaran, signifikasi terperinci teknik pencahayaan serta cara bagaimana untuk melahirkan idea baharu bagi menjadikan fotografi lebih relevan dengan matlamat hidup.

Kedengaran agak dramatik bukan? Mungkin mata pelajaran berkenaan amat bersesuaian buat jurugambar atau mereka yang menjadikan fotografi sebagai sumber rezeki.

Ada ura-ura yang menyatakan bahawa salah satu sesi tersebut akan ‘mengajar’ cara-cara terbaik untuk membuat duck face dan kaedah yang betul semasa menguna batang selfie atau monopod

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga