CEO BMW rebah ketika sidang media ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 16 September 2015

CEO BMW rebah ketika sidang media

CEO BMW rebah ketika sidang media BMW i8 hibrid


Frankfurt: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW, Harald Krueger, 49, tumbang ketika sidang media memperkenalkan model BMW hibrid elektrik i8 BMW di Pameran Auto Frankfurt, hari ini.

Tidak lama selepas naik ke pentas, berdiri di sebelah kereta hebat itu, Krueger terhuyung-hayang ke belakang dan jatuh pengsan. Dua kakitangannya bergegas membantu dia berdiri.

Jurucakap BMW, Maximillian Schoberl, berkata Krueger berasa tidak sihat sebelum sidang media itu dan menurut doktor, beliau mengalami ‘ketidaktentuan’ sekejap dan sedang pulih.

Model i8 BMW itu menggunakan motor elektrik untuk enjin petrol 1.5 liter tiga silinder. Tidak seperti kebiasaan kereta yang menggunakan enjin untuk menggerakkan roda, i8 menggunakan enjinnya mengecaj bateri ion lithium yang menggerakkan motor elektrik.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...