Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 15 September 2015

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September

Jerebu: Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September - Kementerian Pendidikan


Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15 September berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam ini.

Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar. - BERNAMA

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...