(Video) Chef Wan Nyaris Masuk Semak Gara-Gara Belajar Memandu Kereta Manual ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 16 September 2015

(Video) Chef Wan Nyaris Masuk Semak Gara-Gara Belajar Memandu Kereta Manual

chef wan belajar memandu kereta manual untuk kali pertama


Normal lah kan kalau ada perasaan cuak dan “nervous” tu bila pertama kali belajar memandu, tambah lagi kalau bawa kereta jenis manual. Betul tak? Begitu juga perasaan yang sama dialami oleh chef selebriti terkenal Malaysia iaitu Chef Wan yang pertama kali mencuba untuk memandu kereta kerana sebelum ini dia hanya menggunakan khidmat “driver” yang diupahnya.

Dalam sebuah segmen bernama “LiteFM’s First Time” yang dikendalikan oleh stesyen radio LiteFm, penyampai mereka iaitu Steve dan Shaz menjemput Chef Wan untuk merasai dan mencuba sendiri pengalaman memandu kereta manual. Dalam video ini, Steve dan Shaz memberi tunjuk ajar untuk belajar menggunakan gear dan “clutch” bagi menggerakkan kenderaan serta cara “parking” yang betul.

Gelak besar kami apabila melihat gelagat dan telatah Chef Wan yang memandu kereta buat kali pertama sampaikan hampir-hampir nak masuk dalam semak. Hehehe. Jadi, nak tahu boleh ke tak Chef Wan ni bawa kereta, jom tengok video dekat bawah ni.




sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...