Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral ~ Bila Han Bercerita

Friday 20 November 2015

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral


GEORGE TOWN: Peniaga mi goreng di Lorong Tamil, di sini, Abdul Karim Pakir sudah berusia 92 tahun tetapi dia sedikit pun tidak berhasrat untuk bersara walaupun dimamah usia semata-mata kerana cintakan kerjanya itu.

"Saya sakit-sakit badan kerana sudah tua tetapi saya masih boleh goreng mi lagi," kata Karim yang berasal dari India.

Dia telah berulang-alik untuk berniaga di Lorong Tamil berhampiran Kompleks Pasar Chowrasta selama lebih 30 tahun dan harga bagi sepinggan mi gorengnya kekal RM2.50 sepanjang dia berniaga di situ.

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Abdul Karim, yang tinggal di Jalan Makloom dengan anak perempuannya, tidak kedekut memasukkan bahan-bahan dalam mi gorengnya yang tetap sama dengan sepinggan mi goreng yang dijual di sekitar Pulau Pinang.


"Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.

"Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam," katanya ketika ditemui.

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Apabila ditanya mengenai sejarah hidupnya, Abdul Karim tidak mempunyai masalah untuk mengingati hari di mana dia meninggalkan India untuk ke Tanah Melayu.

"Di India, saya adalah seorang nelayan dan saya datang ke Tanah Melayu pada tahun 1947.

"Ketika itu saya berusia 24 tahun dan saya datang dengan adik-adik saya dan kami bekerja di sebuah kedai kopi, di situlah saya belajar cakap Bahasa Melayu.

"Saya hanya boleh membaca Tamil tetapi saya boleh cakap Bahasa Inggeris sikit-sikit," katanya lagi.

Abdul Karim menambah, lima tahun kemudian, kedai kopi tempat di mana dia bekerja itu telah dijual dan dia membuat keputusan untuk menjual laksa untuk menyara kehidupannya.

"Saya akan memesan ikan dari Teluk Bahang kerana laksa yang baik perlukan ikan yang baik. Saya menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun sebelum saya ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.

"Kemudian saya berniaga mi goreng pula dan kekal sehingga hari ini," katanya.

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Apabila ditanya mengenai isterinya, matanya digenangi air mata dan dia enggan bercakap mengenainya lagi selain daripada menyatakan bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Seorang wanita berkata, dia membaca tentang Abdul Karim di Facebook dan mengambil keputusan untuk singgah makan di situ dengan rakan-rakannya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Taufique Seeni Mohamed, 31, berkata gerai si tua itu akan gelap pada waktu petang kerana gerai berodanya tidak mempunyai lampu.

"Gerainya betul-betul berada di bawah lampu jalan yang tidak berfungsi. Kami mengadu kepada pihak berkuasa tempatan dan mereka datang melawat tapak ini tetapi tiada apa yang telah dilakukan buat masa ini."

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...