Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya ~ Bila Han Bercerita

Friday 20 November 2015

Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya

Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya


Kesian betul dengan nasib seorang pemandu kereta sport di China kerana telah ditahan oleh polis tatkala membawa beruang gergasi di belakang kenderaannya. Jangan salah faham, patung beruang tersebut telah diikat di bahagian luar kereta sehingga menyebabkan cermin belakang kereta tersebut terlindung.

Menurut sumber, perkara tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga menjadi viral di laman sosial China. Gelagat pemandu kereta berwarna hijau itu turut menarik perhatian mereka yang berada di sekeliling sehingga menyebabkan pihak polis menyoal siasat lelaki itu sebelum mengeluarkan kertas saman.

Anggota penguat kuasa itu kemudian dikenal pasti sebagai selebriti tempatan, Tan Qiao yang sebenarnya mengetuai jabatan penerangan polis Chengdu. Tan yang secara kebetulan juga merupakan hos sebuah rancangan televisyen bagi mempromosikan aspek keselamatan jalan raya di bandar tersebut turut bertindak menceritakan langkah keselamatan yang perlu diikuti oleh setiap pengguna jalan raya untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Pelik betul kan..dah macam dalam drama rasanya. Jadi kepada mereka diluar sana niat tidak menghalalkan cara ok.. Semoga beruang gergasi yang ingin dijadikan hadiah itu selamat sampai kepada penerimanya.

sumber

P/s: kata asyukk..time nak bawak barang banyak atau besar bawak la hummer ke rr evoque ke.hahaha..gurau je.. :-P


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...