Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda! ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 24 November 2015

Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!

Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!


Wanita jika bertemu dengan seorang lelaki, pasti mudah mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi.

Tapi, bagaimana jika lelaki tersebut hanya main-main dengan anda sahaja? Ia merupakan sesuatu yang pahit jika anda dapat tahu si dia tidak ikhlas terhadap anda.

Namun, anda jangan risau! Tidak susah untuk mengenali lelaki yang betul-betul ikhlas dan menghargai anda. Sekaligus, menyayangi anda sebaiknya!



1. Selalu ada ketika susah & senang

Jika si dia selalu ada ketika anda senang ataupun susah dan mendengar apa sahaja masalah anda, itu tandanya dia benar-benar cintakan anda. Lelaki tidak akan buang masa pada mereka yang tidak penting dalam hidupnya.

2. Buat anda ketawa

Mesti rasa bahagia jika bersama dengan orang yang selalu buat anda ketawa. Jika si dia sentiasa buat anda ketawa, dia betul-betul cintakan anda. Lelaki pasti akan rasa bahagia jika buat orang dia cintai ketawa.

3. Jadi diri sendiri di depan anda

Jika si dia cintakan anda, dia tidak malu untuk menjadi diri sendiri depan anda. Tak malu untuk tunjukkan perangai buruk mereka. Mesti ada je kan lelaki yang tiba-tiba kentut secara tak sengaja depan anda. Haha..

4. Tidak jemu berjumpa anda

Mesti ada yang rasa pelik kalau ada lelaki yang tidak jemu jumpa anda setiap hari. Itu tandanya dia betul-betul cintakan anda dan rasa pelik kalau tak jumpa walaupun sehari.

5. Sanggup habiskan masa dengan anda

Jika si dia sanggup habiskan masa dengan anda selepas habis kerja, itu tandanya cinta. Lelaki lebih sanggup habiskan masa lepak dengan kawan-kawan, atau ke gym. Tapi, kalau dia sanggup ketepikan semua itu untuk anda, memang sah dia cintakan anda!

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...