Bila Han Bercerita

Saturday, 11 October 2014

COOL : Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik

Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik


Pada peringkat umur 1-3 tahun, kanak-kanak sering didedahkan dengan pensil warna, alat tulis untuk memharikan mereka dengan alatan tulis tersebut. Pada peringkat umur itu juga kanak-kanak belum kemampuan untuk melukis atau menulis sesuatu bentuk atau tulis lukisan dan mereka lebih melakukan contengan.

Siapa yang menyangka contengan oleh seorang kanak-kanak kecil boleh menjadi lukisan artistik? Itulah yang dilakukan Ruth Oosterman terhadap hasil lukisan anaknya berusia 2 tahun.

Hobi kreatif Ruth tersebut bermula saat anak perempuannya, Eve, mencari pen milik si ibu dan selalu menggunakannya. Agar sesuai dengan dakwat pen itu akhirnya Ruth menggunakan cat air sehingga hasilnya seperti kaligrafi. "Dakwatya lebih mudah menyatu dengan warna yang ku pakai dan menambah ketebalan," katanya.

Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik

Sejak itu akhirnya Ruth dan Eve "bekerjasama" dalam menghasilkan karya seni mengagumkan. Eve akan menggunakan pen dengan dakwat hitam untuk mencoret sesukanya lalu diambil alih oleh ibunya untuk diwarnai dan disempurnakan. Baginya, bersama Eve membuatnya semakin kreatif dan merasakan lagi dunia kanak-kanak yang spontan.

"Eve suka sekali boleh memilih gambarnya dan membantu saya memilih warna yang sesuai," kata Ruth. "Suatu waktu ia pernah melihat rakaman video kami mengerjakan lukisan dan ia menontonnya berulang-ulang."

"Dengan semakin beranjak dewasa kita menganalisa segala sesuatu dan tidak lagi bebas," katanya lagi. "Kerana itu aku melukis dengan cepat gambar yang dipilih Eve. Semua yang saya kerjakan selesai 30-60 minit sehingga aku tidak akan sempat berfikir dua kali untuk membuat pilihan lain."

Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik

Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik

Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik

Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik




Share:

Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi


Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi


  • Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal 
  • Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita 
  • Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya 
  • Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi


China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak

sumber


Share:

ASTRO Jawab Punca Sering Ulang Siaran

ASTRO Jawab Punca Sering Ulang Siaran


Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) sering kali menimbulkan reaksi kurang senang kepada pelanggannya ekoran beberapa isu yang melibatkan syarikat penyiaran berbayar itu termasuk gangguan siaran dan juga ulang tayang siaran.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu untuk memuaskan hati pelanggannya, namun keluhan pelanggan terhadap perkhidmatan mereka dilihat tidak pernah menemui jalan penyelesaian dan terbaharu, ‘aduan’ seorang pengguna Facebook berkemungkinan juga seorang pelanggan Astro telah menyuarakan permalasahan secara terbuka di laman Facebook rasmi mereka, Astro mula menjadi viral di laman sosial.

Menerusi status yang dimuat naik di entri Astro, pengguna tersebut mempersoalkan perkhidmatan rangkaian televisyen berbayar itu yang sering mengulang tayang siaran dan kerap menyiarkan iklan yang disifatkan tidak berbaloi dengan caj yang terpaksa ditanggung olehnya.

Sejurus status itu dimuat naik, pengandali laman Facebook Astro, Ric memberi maklum balas kepada permasalahan yang diajukan.

Berikut maklum balas Astro:

ASTRO Jawab Punca Sering Ulang Siaran

sumber


Share:

Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6

Tukar rumah dengan iPhone 6
RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB

Detroit: Seorang tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.

Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.
Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.

Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.


Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.

Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.

Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. - Agensi

P/s : murahnya harga rumah kat sanaa..bestnya kalau ada rumah semurah dan sebesar tu kat malaysia :-P

Share:

Monday, 29 September 2014

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh


Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Soalan :

Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?

Jawapan:

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam

sumber


Share:

Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda

Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda


Seperti yang semua maklum, zaman sekarang terlalu banyak telefon bimbit atau handphone yang canggih dijual dipasaran.tapi sangat kurang diantara kita untuk menjaga bateri telefon bimbit.khususnya buat pengguna smartphone..banyak function dan feature yang awsome lagi bombastic di phone.tapi sayangnya bateri habis macam air je..nak always ada bateri kena usung skali powerbank..apa kata cube tips ni.


1. Off handphone ketika dicas
Pastikan handphone anda dalam keadaan off semasa mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban dalam proses kimia dalam bateri.

2. Elakkan cas handphone di dalam kereta
Komponen bateri handphone mudah rosak jika selalu menggunakan pengecas di dalam kereta. Hal ini demikian kerana arus elektrik di dalam kereta tidak stabil dan ini memberikan kesan buruk kepada bateri handphone.

3. Habiskan bateri(empty) sebelum dicas
Untuk mengelakkan “memory effect” pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum ia dicas semula.

4. Elakkan haba
Haba yang tinggi menyebabkan bateri mudah rosak. Paling berbahaya adalah bateri juga mungkin akan meletup akibat haba yang terlampau tinggi.

5. Sentiasa mengawal
Mengecas terlalu lama boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan menggelembung. Jadi, elakkan mengecas handphone terlalu lama atau “over charge”.

6. Pastikan bateri penuh sewaktu pertama kali dicas
Tempoh mengecas bateri handphone untuk kali pertama adalah berbeza-beza mengikut jenis bateri. Selalunya untuk kali pertama mengecas handphone baru dibeli adalah selama 3 jam. Untuk bateri jenis Ni-Mh dan Ni-Cd ia memerlukan masa selama 8 jam untuk dicas kali pertama.

7. Jangan guna handphone semasa sedang dicas
Menggunakan handphone ketika mengecas adalah sangat-sangat berbahaya dan boleh mengundang kecelakaan. Bateri akan mudah menjadi panas jika digunakan sewaktu mengecas. Selain itu, ini boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan meletup.

sumber


Share:

Monday, 15 September 2014

COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda

Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda

Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.

Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda
Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.

Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :


  1. Telefon anda hilang atau dicuri
  2. Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
  3. LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
  4. LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
  5. Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah. 


Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda

Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..

Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan?

sumber


Share:

Cristiano Ronaldo Tuntut Gaji £500,000 (RM2.6 juta) Seminggu Untuk Ke EPL

cristiano ronaldo


BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan memecah rekod dunia dengan menuntut gaji sebanyak £500,000 (RM2.6 juta) seminggu kepada Manchester United atau Chelsea yang mahukan khidmatnya pada musim depan.

Pemain Real Madrid itu pada minggu lalu mengesahkan laporan Football Grapevine bahawa dia akan kembali beraksi untuk United pada musim panas akan datang.

Bagaimanapun Chelsea antara pasukan yang mahukan khidmat Ronaldo dan sedia menunaikan permintaan pemain berkenaan.

Rundingan bagi mendapatkan semula Ronaldo pernah dibuat United tetapi Madrid telah menawarkan gaji sebanyak  £350,000 seminggu untuk menyekat pemergian pemain Portugal terbabit.

Sejak itu juga, United memperbaharui kontrak Wayne Rooney dengan menawarkan gaji sebanyak £300,000 seminggu serta menggajikan penyerang baharu mereka, Radamel Falcao dengan nilai £390,000 seminggu.

Kontrak bernilai tinggi untuk Falcao itu telah dimetrai oleh Jorge Mendes iaitu individu sama yang menjadi ejen untuk Ronaldo.

sumber

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...