Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi ~ Bila Han Bercerita

Saturday 11 October 2014

Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi


Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi


  • Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal 
  • Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita 
  • Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya 
  • Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi


China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...