Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 May 2016

FAKTA : 5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera




1.  Palau
5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera


Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi penduduk yang menetap kat negara ni dianggarkan berjumlah 20,900 orang. Negara Palau ni mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.


2.  Nauru Republic

5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera


Merupakan sebuah pulau terumbu karang yang mempunyai populasi penduduk yang dianggarkan sebanyak 14, 000 orang. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1968.


3.  Vatican

5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera


Merupakan sebuah negara yang terletak di dalam negara (dalam negara ada negara). Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.


4.  Grenada

5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera


Grenada terletak di selatan-pantai timur Laut Caribbean. Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.


5.  Andorra

5 Negara Ini Tiada Angkatan Tentera


Merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Spain dan Perancis. Mendapat perlindungan pertahanan daripada Spain, Perancis dan Nato.



Share:

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA


Bagi kebanyakkan rekaan pesawat, dengan memasang sayap, ia boleh menjurus kepada kenaikan kos harga pesawat itu sendiri. Oleh itu, dengan mengelakkan penggunaan sayap, ia mampu menurunkan kos dalam operasi spatial dengan begitu drastik sekali. Kajian terhadap penggunaan pesawat tanpa sayap telah menggunakan HL-10 dan pelbagai peranti lain dari tahun 1966 hingga lah 1975. Tidak dinafikan, sayap yang dipasang pada pesawat hari ini telah banyak membantu kita memahami konsep aerodinamik pada kelajuan hipersonik.

Di sini, pihak NASA telah mendedahkan satu ciri yang sangat menarik di mana dalam kelajuan sopersonik (melebihi kelajuan bunyi), akan mengalir perbezaan tekanan di permukaan atas dan bawah muncung pesawat, menjurus kepada daya angkat, yang meningkat dengan ketara dalam mengendalikan pesawat unik ini semasa ia turun dari orbit.

Ia merupakan satu perubahan paradigma sehingga pada lewat 1950-an, berlakunya perlumbaan dalam pembinaan pesawat yang boleh mengurangkan kesan seretan pada lapisan atmosfera sehingga terciptanya pesawat berkelajuan tinggi iaitu "Black Bird".

Kajian yang sama turut dilakukan oleh di Center of Langley. Di sini, mereka mencipta pelbagai jenis model pesawat, tetapi yang paling menarik perhatian adalah HL-10 (Horizontal Landing:10).

Atas prestasi nya yang bagus, NASA dengan kerjasama Tentera Udara telah meluluskan kegunaan pesawat ini untuk program angkasa mereka, bagi pesawat ulang-alik untuk para angkasawan dalam misi program Apollo.

Walaubagaiman pun, sebelum impian tersebut berjaya dilaksanakan, pihak NASA telah berubah fikiran. Disebabkan pengurangan bajet penyelidikan, mereka terpaksa membuat ujian di dalam terowong angin sebelum bermulanya pembinaan model terbaru iaitu M2-F1. Projek ini menerima pembiayaan penuh untuk pembinaan berskala penuh.

Disebabkan reka bentuknya yang pelik, ia digelar sebagai "tab mandi". Pada bulan Julai 1966, model generasi kedua M2-F2 telah dilancarkan. Dengan berat 2.67 tan, ia telah berlepas dari sebuah pesawat pengebom B-52 pada ketinggian 13,500 meter pada kelajuan mencecah 0.6 Mach (697 km/h) selama 3 minit 37 saat.

Walaubagaimana pun, beberapa masalah teknikal mula timbul dan memerlukan kajian lanjutan sebelum pesawat tanpa sayap ini boleh digunakan tanpa sebarang insiden. Penyelidikan pada masa kini masih dijalankan dan sering berakhir dengan diaplikasikan pada kapal angkasa.

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA




Share:

Cool !! Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas

Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas


Blok LEGO yang diperbuat daripada emas ini merupakan simbol kemuncak pencapaian dalam permulaan syarikat LEGO dan ia ditawarkan kepada rakan niaga dan para pekerja yang setia mengekalkan sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan.

LEGO emas ini dibuat mengikut acuan blok tradisional dengan ukuran 2 X 4 secara pepejal dengan emas 14 karat. Blok istimewa ini tidak dapat dilihat oleh mereka yang tidak bekerja dengan syarikat LEGO dan ia hanya ada satu yang akan dikeluarkan dalam tempoh setahun sekali atau setahun dua kali.

Kini, sebuah laman web yang dikenali sebagai Brick Envy,Inc, untuk semua blok LEGO yang anda mahukan dan keperluan lain telah mendapat mandat untuk menjual satu kepingan blok yang istimewa itu. Anda boleh membeli kepingan LEGO emas ini pada harga USD$14,500, namun status terkini menunjukkan yang mereka kehabisan stok dan anda yang masih berminat mungkin terpaksa menunggu untuk sementara waktu bagi mencari wakil penjual yang baru.

Bagaimana, ada yang berminat untuk membeli?

 Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas

 Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas

 Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas



Share:

Tasik 'Pink' Di Afrika Barat

Tasik 'Pink' Di Afrika Barat


Sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat ini bukan sahaja kelihatan aneh, tetapi juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan..

Air tasik ini mempunyai warna merah jambu (pink) disebabkan oleh kandungan larutan garam yang tinggi..Data menunjukkan bahawa tahap kemasinan di sesetengah kawasan adalah setinggi 40%.

Tasik 'Pink' Di Afrika Barat

Tasik 'Pink' Di Afrika Barat

Aktiviti perlombongan garam tempatan adalah sumber pendapatan yang penting di situ dan dianggap sebagai faktor kepada berlakunya proses perubahan air tasik berkenaan.

Ahli mikrobiologi berpendapat bahawa warna air Tasik Retba disebabkan oleh bakteria halophile 'Dunaliella salina'..Meh usha gambar tasik unik tu kat bawah ni..








Share:

Monday, 9 May 2016

Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria

Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria


Sungai Golok adalah antara sungai yang menjadi tanda sempadan Malaysia dan Thailand. Cuaca panas melampau yang melanda negara menyebabkan beberapa sungai dan tasik semakin mengering.

Kejadian yang sama turut berlaku di Rantau Panjang, Kelantan apabila paras air Sungai Golok didapati semakin mengering di beberapa kawasan.

Kebiasaannya penduduk menggunakan bot tambang menyeberangi sungai itu untuk membeli barang di seberang. Kini, penduduk sekitar kawasan itu lebih mudah kerana Sungai Golok sudah pun bertukar wajah menjadi sebuah pasar ria.

Sungai Golok Kini Bertukar Menjadi Pasar Ria


Menurut beberapa orang penduduk, ini adalah kejadian pertama kali dalam sejarah kerana sebelum ini Sungai Golok pernah kering namun tidaklah seteruk ini.

Bayangkan sebuah pasar di dalam sungai yang hampir kering? Pastinya satu pengalaman yang baru buat pengunjung. Jom membeli belah di Sungai Golok!

sumber


Share:

Tahukah Anda Lagu Tema Filem Angry Birds The Movie Dinyanyikan Oleh Penyanyi Malaysia? Wow !

Tahukah Anda Lagu Tema Filem Angry Birds The Movie Dinyanyikan Oleh Penyanyi Malaysia


Filem The Angry Birds Movie bakal menggempar pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016 ini.

Namun, disebalik pelancaran filem mini, lagu tema The Angry Bird Movie, “Wonderful Life (Mi Oh My)” dinyanyikan oleh kumpulan anak muda tempatan iaitu kumpulan PaySlip?




Lagu ‘Wonderful Life (Mi Oh My) ini telah dihasilkan oleh Matoma iaitu seorang DJ terkenal dari Norway.

Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia, Warner Music Malaysia telah mimilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu ini. Lagu bagi versi tempatan ini juga sudah boleh didengari di Spotify dan anda boleh dengarkannya di sini.

Tahukah Anda Lagu Tema Filem Angry Birds The Movie Dinyanyikan Oleh Penyanyi Malaysia
Kumpulan Payslip

Kumpulan PaySlip membariskan remaja linkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 3 orang anak muda iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass,  dan seorang yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar.

Jika sebelum ini PaySlip telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana PaySlip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan album sulung mereka ‘PaySlip’ di Spotify pada November 2014.

Kini mereka sekali lagi telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil dari Atlantic Records iaitu salah sebuah syarikat rakaman terbesar di Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyampaikan lagu ini di dalam versi Bahasa Malaysia.

TRAILER ANGRY BIRDS THE MOVIE

 

sumber


Share:

Masjid terbesar dunia di Algeria dibina

Masjid terbesar dunia di Algeria dibina


ALGEIRS: Algeria akan membina masjid terbesar di dunia dengan pihak berkuasa negara itu menyifatkan pembinaan itu sebagai pelindung daripada Islam radikal dan mahkota legasi Presiden Abdelaziz Bouteflika.

Masjid Djamaa El Djazair kini sedang dalam pembinaan, menghadap pemandangan indah Teluk Algiers.

Masjid berkenaan sebahagian daripada kompleks yang akan turut membabitkan perpustakaan dengan 1,000 buku, sekolah Al-Quran dan muzium sejarah serta kesenian Islam.

Masjid itu akan mempunyai menara masjid tertinggi dunia iaitu setinggi 265 meter serta dewan solat seluas 20,000 meter persegi yang mampu menampung 120,000 jemaah pada satu-satu masa.

Kompleks itu terletak di antara pusat tarikan pelancong pada masa hadapan dan daerah golongan bekerja yang sebelum ini menjadi kawasan pelampau Islam. - AFP

sumber




Share:

Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik

Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik


Buat pasangan suami isteri, hubungan intim itu adalah sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Ia amatlah digalakkan untuk melakukan hubungan seks pada setiap minggu. Berapa kali anda seks setiap minggu mendatangkan kebaikan pada kesihatan dan perhubungan kalian.

Namun, adakah anda tahu bahawa pemakanan juga memainkan peranan dalam memastikan kehidupan seksual yang baik ? Caranya adalah dengan mengamalkan pengambilan lima jenis makanan berkhasiat ini setiap hari demi menjamin kehidupan seksual yang baik dan sihat.

Avokado
Avokado kaya dengan vitamin E. Ia merupakan sumber makanan yang kaya antioksidan, potassium dan vitamin B6 yang mana boleh mengelak dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melancarkan peredaran darah. Apa sahaja yang membantu dalam memastikan jantung dan peredaran yang sihat mampu memberikan kesihatan seksual yang baik.

Strawberi
Strawberi merupakan sumber terbaik asid folik, serta meningkatkan bilangan sperma untuk lelaki. Ini sekaligus memberikan peluang cerah untuk wanita yang mahukan zuriat setelah berkahwin.

Tiram
Meskipun ia berlendir dan tekstur yang agak slippery, tiram adalah sumber makanan yang terkenal dengan aphrodisiac. Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Minyak Zaitun
Ia membantu dalam menghasilkan testosterone dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai puncak klimaks.


sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...