Cool !! Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 10 May 2016

Cool !! Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas

Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas


Blok LEGO yang diperbuat daripada emas ini merupakan simbol kemuncak pencapaian dalam permulaan syarikat LEGO dan ia ditawarkan kepada rakan niaga dan para pekerja yang setia mengekalkan sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan.

LEGO emas ini dibuat mengikut acuan blok tradisional dengan ukuran 2 X 4 secara pepejal dengan emas 14 karat. Blok istimewa ini tidak dapat dilihat oleh mereka yang tidak bekerja dengan syarikat LEGO dan ia hanya ada satu yang akan dikeluarkan dalam tempoh setahun sekali atau setahun dua kali.

Kini, sebuah laman web yang dikenali sebagai Brick Envy,Inc, untuk semua blok LEGO yang anda mahukan dan keperluan lain telah mendapat mandat untuk menjual satu kepingan blok yang istimewa itu. Anda boleh membeli kepingan LEGO emas ini pada harga USD$14,500, namun status terkini menunjukkan yang mereka kehabisan stok dan anda yang masih berminat mungkin terpaksa menunggu untuk sementara waktu bagi mencari wakil penjual yang baru.

Bagaimana, ada yang berminat untuk membeli?

 Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas

 Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas

 Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...