Masjid terbesar dunia di Algeria dibina ~ Bila Han Bercerita

Monday 9 May 2016

Masjid terbesar dunia di Algeria dibina

Masjid terbesar dunia di Algeria dibina


ALGEIRS: Algeria akan membina masjid terbesar di dunia dengan pihak berkuasa negara itu menyifatkan pembinaan itu sebagai pelindung daripada Islam radikal dan mahkota legasi Presiden Abdelaziz Bouteflika.

Masjid Djamaa El Djazair kini sedang dalam pembinaan, menghadap pemandangan indah Teluk Algiers.

Masjid berkenaan sebahagian daripada kompleks yang akan turut membabitkan perpustakaan dengan 1,000 buku, sekolah Al-Quran dan muzium sejarah serta kesenian Islam.

Masjid itu akan mempunyai menara masjid tertinggi dunia iaitu setinggi 265 meter serta dewan solat seluas 20,000 meter persegi yang mampu menampung 120,000 jemaah pada satu-satu masa.

Kompleks itu terletak di antara pusat tarikan pelancong pada masa hadapan dan daerah golongan bekerja yang sebelum ini menjadi kawasan pelampau Islam. - AFP

sumber




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...