Bila Han Bercerita

Thursday, 6 April 2017

Trump Selar Malaysia Sebagai 'Penipu'

Trump Selar Malaysia Sebagai 'Penipu'


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melabelkan Malaysia sebagai 'penipu' perdagangan dan bertindak mengkaji semula aktiviti dagangan dua hala dengan negara maju itu.

Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Malaysia sememangnya menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.

Malah, kerajaan juga tidak pernah bertindak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa termasuk ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Bagaimanapun, berikutan tuduhan itu, pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS.

"Angka (dagangan) kita menunjukkan kita mempunyai lebihan dengan AS pada sekitar AS$6 bilion. Namun mengikut AS, jumlahnya adalah melebihi angka berkenaan.

"Dari segi dasar (perdagangan) pula, kita yakin bahawa dasar kita mengikuti amalan biasa dalam perdagangan antarabangsa, termasuk yang ditetapkan oleh pihak WTO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Perbincangan Panel 'Rakan Dalam Dunia Pasca Brexit' Malaysia-Britain di sini, hari ini. Trump dalam satu kenyataannya baru-baru ini, menuduh Malaysia antara 16 buah negara yang disifatkannya sebagai 'penipu' perdagangan dan dikatakan menjadi antara punca AS mengalami defisit perdagangan hampir AS$50 bilion.

Negara lain adalah China, Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia serta Kanada.

Selain itu, mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India baru-baru ini, Mustapa berkata kementerian itu dan Kementerian Pengangkutan akan memastikan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua negara itu dapat dilaksanakan sebagaimana dirancangkan.

"Hubungan dua hala Malaysia-India sememangnya sudah kukuh dan lawatan Perdana Menteri ke India baru-baru ini amat berjaya (dari segi perdagangan dan pelaburan).

"Kita yakin ia (lawatan Perdana Menteri) akan meningkatkan lagi pelaburan dua hala Malaysia-India menerusi pemeteraian beberapa perjanjian membabitkan 32 pihak bernilai AS$36 bilion," katanya.

Antara MoU terbesar yang ditandatangani itu membabitkan kerjasama untuk membangunkan projek pelabuhan dan bandar raya maritim bernilai kira-kira AS$32 bilion di Pulau Carey, Klang. - BERNAMA



Share:

Lemaskan Sampai Mati, CCTV Bongkar Perilaku Bapa Tiri

Lemaskan Sampai Mati, CCTV Bongkar Perilaku Bapa Tiri


TEKA-TEKI kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di dalam sebuah kolam hotel di Morelia, Mexico, akhirnya terjawab apabila kamera litar tertutup (CCTV) membongkar segalanya.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki yang juga merupakan bapa tiri mangsa dilihat berulang kali melempar kanak-kanak perempuan itu dalam kolam renang tanpa menghiraukan mangsa yang terkapai-kapai lemas di dalam air.

Lebih menyedihkan, lelaki itu turut membenamkan wajah mangsa ke dalam air berulang-ulang kali.Apa yang mengecewakan, beberapa pengunjung hotel lain yang berada di kolam tersebut langsung tidak menegur perbuatan lelaki tersebut waima membantu mangsa.Lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan kejam itu ketika ibu mangsa sedang tidur di bilik hotel.

Setelah kanak-kanak itu didapati mati, bapa tirinya, Jose David N. kembali ke bilik hotelnya berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.Malah, dia sempat berpura-pura sedih dan terkejut tatkala mengetahui anak tirinya mati lemas.

Bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perbuatan kejam Jose terbongkar apabila perilakunya dirakam CCTV.

Susulan itu, Jose dihukum penjara selama 100 tahun akibat perbuatan yang dilakukan pada Ogos tahun lalu itu.

Video itu turut tersebar menjadi viral di negara itu dan menimbulkan kemarahan orang ramai.





sumber


Share:

Polis Saman Diri Sendiri Selepas Langgar Kereta Orang, Terus Naik Pangkat Selepas Salinan Saman Yang Dibuatnya Viral

Polis Saman Diri Sendiri Selepas Langgar Kereta Orang, Terus Naik Pangkat Selepas Salinan Saman Yang Dibuatnya Viral


Dubai: Seorang polis bertindak menyaman diri sendiri selepas terlanggar sebuah kereta yang diparkir dan meletakkan sekeping salinan saman di atas kereta rosak milik seorang doktor itu.

Tindakan jujur itu menjadi viral selepas nota terbabit dimuat naik seterusnya membuat netizen di negara tersebut tersentuh hati dan memuji tindakan terbabit.

Polis Dubai telah memberi penghormatan kepada Koperal Abdullah Ebrahim Mohammad kerana kejujurannya dan dia telah dinaikkan pangkat atas arahan dari ketua polis Dubai Major Jeneral Abdullah Al Merri.

Polis Saman Diri Sendiri Selepas Langgar Kereta Orang, Terus Naik Pangkat Selepas Salinan Saman Yang Dibuatnya Viral

Selain itu, beliau juga menerima sijil terima kasih dan penghargaan.

“Kejujuran polis itu telah memberi reputasi yang baik kepada polis dubai. Dia menyaman dirinya sendiri kerana melanggar kereta dan meletakkan salinan saman kejadian di cermin hadapan.” kata Al Merri.

Al Merri turut menyatakan penghargaannya kepada pemilik kenderaan yang dilanggar, Dr. Mohammad Ahmad Nabeel Abdul Aziz, yang memuat naik secara positif tentang insiden itu di Facebook.

Dr. Abdul Aziz berkata di Facebook:

“Saya meletakkan kereta saya dengan kurang cermat jadi saya fikir itu salah saya. Tapi saya terkejut apabila menemui salinan saman di atas cermin kereta saya yang mengatakan seorang polis melanggar kereta saya dan menyaman dirinya sendiri.

“Ini tindakan yang sangat jujur dan berani oleh polis Dubai,” kata Dr. Abdul Aziz.

“Perlakuan seperti ini hanya boleh dilihat di UAE. Apa yang dia lakukan buat saya rasa selamat di tanah ini.” tambahnya lagi.

Korporal Mohammad ketika diminta mengulas menegaskan dia hanya melakukan tugasnya sahaja.

“Saya rasa tidak layak menerima kenaikan pangkat ini dan penghargaan dari pemimpin-pemimpin kita. Ia sangat memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berkhidmat.” katanya.


P/s: woahh..ni dinamakan integriti & bertangungjawab.hehe


sumber



Share:

Laman Instagram Beyonce Dianggarkan Bernilai Lebih RM4 Juta

Laman Instagram Beyonce Dianggarkan Bernilai Lebih RM4 Juta


Penyanyi popular Hollywood Beyonce, diumumkan sebagai selebriti paling berpengaruh di media sosial khususnya Instagram (IG).

Menurut agensi penganalisis D’Marie Analytics, akaun IG milik penyanyi itu dianggarkan bernilai lebih dari RM4 juta bagi setiap perkongsian yang dibuat olehnya.

Beyonce, 36, jelas membuktikan pengaruhnya amat tinggi di media sosial apabila dia mengumumkan berita tentang kandungan kembarnya pada Februari lalu.

Perkongsian itu telah mendapat sebanyak lebih 10 juta likes sekaligus mencatat rekod sebagai gambar paling banyak mendapat perhatian dan dikongsi di platform media sosial tersebut

Terkini, penyanyi yang popular dengan lagu Single Ladies itu memiliki seramai 98.7 juta pengikut di IG dan baru-baru ini, Beyonce telah berkongsi sebuah video khas sempena ulang tahun ke sembilan perkahwinannya bersama penyanyi rap terkenal, Jay Z dan mendapat 10 juta likes.


sumber


Share:

Gadis ini maut akibat gurauan yang melampau oleh rakan-rakan ketika menyambut hari jadinya

Gadis ini maut akibat gurauan yang melampau oleh rakan-rakan ketika menyambut hari jadinya


Menyambut ulang tahun kelahiran dengan mengenakan rakan seakan-akan menjadi satu trend anak muda zaman sekarang. “Birthday boy” dan “birthday girl” dikerjakan seteruk-teruknya oleh rakan baik sebelum dikejutkan dengan majlis sambutan hari jadi.

Itulah yang sering berlaku pada anak muda sekarang. Namun, tindakan itu walaupun dilihat sebagai suka-suka tetapi ada juga kesan buruknya kepada mangsa yang “dikerjakan”.

Satu kematian telah berlaku di Indonesia akibat daripada gurauan yang melampau ketika meraikan ulang tahun kelahiran seorang  rakan wanitanya.

Sandy(21) adalah korban dari perbuatan gila kawan-kawannya. Isnin 26 September 2016 adalah hari ulang tahunnya. Sandy merupakan seorang warga Lengkong Wetan Kecamatan Serpong, Kota Tangerang Selatan (Tangsel), pekerja sebuah tempat futsal di Tangsel mendapat “surprise” dari rakan-rakannya.

Dia diikat di sebuah tiang elektrik di kawasan tempat kerjanya. Rakan-rakannya meraikan hari lahir Sandy dengan menyiraminya dengan air. Tak disangka, Sandy tiba-tiba kejang. Sempat dibawa ke Hospital Eka Bumi Serpong Damai (BSD) namun nyawanya tak dapat diselamatkan.


sumber


Share:

Wednesday, 5 April 2017

Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar

Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar


Taipei: Seorang wanita yang menghadiahkan beg tangan berjenama kepada neneknya terkejut apabila mendapati ia digunakan untuk mengisi barangan dapur termasuk ikan.

Wanita itu melalui laman sosial menceritakan kisah dia membeli beg Neverfull dari Louis Vuitton (LV) yang berharga lebih RM4,423 untuk dihadiahkan kepada neneknya.

Katanya, dia membeli hadiah berkenaan selepas mendapati neneknya menggunakan beg tangan sama sejak bertahun-tahun.

Selepas beberapa bulan, wanita itu melawat semula neneknya dan terkejut selepas mendapati beg itu digunakan untuk pergi ke pasar.

Lebih mengejutkan lagi, neneknya meletakkan barangan dapur yang dibelinya termasuk ikan di dalam beg berkenaan.


“Saya baru membeli ikan segar, saya akan masaknya untuk kamu hari ini.

“Beg ini juga sangat bagus. Ia kalis air walaupun sedikit berat,” kata neneknya kepada wanita itu.

Kerana melihat neneknya sangat gembira, wanita itu memutuskan untuk tidak bercakap apa-apa dan terus memeluk neneknya.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai cucu, selagi nenek gembira, saya sudah berpuas hati.

“Patutlah beg LV ini mempunyai reputasi yang tinggi, sangat tahan dan boleh dipercayai,” kata wanita itu.


P/s: cayalah nenek.hehe


sumber



Share:

Monday, 27 February 2017

5 Petua Atasi Masalah Kutu Di Rambut Anak Tanpa Guna Syampu Kutu

5 Petua Atasi Masalah Kutu Di Rambut Anak Tanpa Guna Syampu Kutu


Melihat anak menggaru kepala sebaik pulang dari rumah pengasuh atau sekolah masalah kutu pasti terlintas di fikiran. Ia jadi ingauan ngeri buat si ibu. Apa tidaknya jika tidak dikesan awal, kemungkinan satu keluarga akan dijangkiti masalah kutu yang menyebabkan kepala gatal malah luka akibat menggaru.

Kebiasaannya, kutu rambut mudah berjangkit kalangan kanak-kanak di sekolah rendah namun begitu, tidak mustahil masalah kutu rambut menyerang remaja di sekolah menengah bahkan golongan dewasa.

Masalah jangkitan kutu boleh berlaku sekalipun seseorang itu memakai tudung kerana kutu rambut lebih mudah membiak di tempat yang tertutup. Bayangkan, keadaan kepala yang terkepung dengan pemakaian tudung ditambah pula dengan rambut yang lembap boleh mengaktifkan lagi pembiakan kutu rambut.

Jadi apa perlu dilakukan bila anak-anak sudah dijangkiti kutu. Sekiranya ibu risau tentang penggunaan syampu kimia untuk menghapuskan kutu, ada banyak petua sebenarnya yang boleh dipraktikkan untuk mengatasinya

Lemon

Sifat asid yang dimiliki oleh lemon sememangnya tidak disukai oleh kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan mengambil beberapa biji lemon segar dan diambil jusnya.Gunakan perahan jus sebagai syampu untuk rambut. Lumurkan dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Bawang Merah

Bawang merah juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan masalah kutu rambut. Ambil beberapa biji bawang merah yang telah ditumbuk dan lumurkan di atas kepala. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air biasa.

Cuka Makan

Ia berfungsi sebagai pembasmi kutu kerana cuka makan akan membuatkan telur kutu mati dan tidak sempat menetas.Kadar asid yang tinggi juga membantu mengatasi masalah kutu.

Limau Nipis dan Minyak Kayu Putih

Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ubat secara tradisional ini bertindak untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.

Minyak Zaitun

Ia juga dikatakan sebagai bahan ramuan semulajadi yang baik untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan melumurkan minyak zaitun di seluruh bahagian kepala dan membiarkan ia selama 30 minit. Serkup rambut menggunakan shower cap.

Kemudian bilas rambut seperti biasa diikuti dengan mencuci rambut dengan menggunakan syampu.

Semoga teknik perubatan secara alami ini dipraktikkan bagi menghapuskan masalah kutu yang sering menjadi igauan ngeri ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah.

Namun begitu, jika masalah ini kerap berulang, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan agar masalah ini tidak terus membelenggu si kecil yang pastinya tidak selesa berhadapan dengan masalah ini dalam tempoh yang lama.

Penyebab jangkitan kutu

Sekiranya masalah kutu berjaya diselesaikan ingatkan anak supaya menghindari penyebab masalah jangkitan kutu seperti berikut:

1.Tidur atau duduk dekat dengan mereka yang sudah dijangkiti kutu

Kutu boleh berpindah dari satu kepala ke kepala yang lain melalui interaksi secara langsung. Sebagai contoh, tidur dengan seseorang yang mempunyai masalah kutu.

Begitu juga jika anak anda duduk di dalam kelas bersebelahan dengan kanak-kanak yang mempunyai kutu, kebarangkalian untuk berjangkit adalah amat tinggi.

2. Memakai kelengkapan peribadi orang yang berkutu

Antara penyebab utama timbulnya masalah kutu kepala adalah kerana berkongsi barangan peribadi seperti sikat, tuala, baju, topi dan sebagainya.Ia akan menyebabkan kutu tersebut dapat berpindah ke kelapa lain.

3. Pengabaian penjagaan kebersihan kepala

Menjaga kebersihan bahagian kepala dan rambut penting untuk mengelakkan berlakunya masalah kutu.Bagi wanita yang mengenakan tudung, keadaan rambut yang kotor boleh menjadi penyebab wujudnya masalah kutu rambut.

Selain itu, masalah rambut seperti rambut kering, rosak dan berkelemumur juga boleh menjadi faktor pendorong masalah kutu rambut.

Info


Kutu rambut merupakan parasit yang hidup di celah-celah rambut dan menghisap darah di bahagian kulit kepala. Kesan gigitannya akan menyebabkan rasa gatal dek kerana muntahan air liur kutu yang terkena pada bahagian kulit kepala.

Tahukah anda, seekor kutu rambut dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari,dengan jangka hayat kira-kira 3 hingga 4 minggu!

Telur kutu pula boleh mengambil masa selama 7 hingga 10 hari untuk menetas dan boleh menghisap darah antara 4 hingga 6 jam sekali.


sumber


Share:

Nak Tidur Tapi Perut Lapar? Ini Makanan Yang Anda Boleh Makan Di Tengah Malam Tanpa Risau Berat Naik

Ini Makanan Yang Anda Boleh Makan Di Tengah Malam Tanpa Risau Berat Naik


Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia akan menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan yang anda pilih. Pengambilan makanan malam juga mampu memberikan khasiat kepada tubuh. Jom lihat jenis-jenis makanan yang boleh dinikmati sebelum tidur tanpa memberikan kesan negatif kepada anda.




1. Yogurt Rendah Lemak

Sesuai bagi anda yang mengalami insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu membantu anda untuk tidur  dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi untuk proses antioksidan selain mendapatkan rasa yang lebih sedap.



2. Pisang

Kalau anda nak tahu, kandungan karbohidrat kompleks yang menghasilkan melatonin pada pisang juga mampu membuatkan anda mudah untuk tidur lena. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita untuk berehat.



3. Roti gandum

Banyak khasiat yang boleh kita dapati daripada roti gandum antaranya, vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zink, zat besi, asam folat dan antioksida. Hanya makan sepotong sandwich bersama salad segar  dan daging tanpa lemak mmapu memberikan kesan kenyang dalam tempoh yang lama.



4. Pelbagai buah-buahan segar

Tidak dapat dinafikan, buah-buahan segar seperti epal, strawberi, oren dan banyak lagi merupakan sumber vitamin C terbaik buat tubuh. Buah-buahan ini sesuai dijadikan sebagai snek pada waktu malam. Untuk mempelbagaikan cara memakannya, anda boleh mengisar beberapa jenis buah untuk dijadikan jus. Selain dapat menghilangkan rasa lapar, anda juga dapat melakukan proses detoks yang dapat melancarkan proses penghadaman ketika tidur.


sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...