Monday, 30 April 2012
Home »
» WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua
WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua
SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk membina Titanic versi abad ke-21 di China dengan pelayaran sulung dari England ke New York dijadual pada 2016.
Palmer, seorang ahli perniagaan perlombongan berkata, beliau sudah menyerahkan kontrak pembinaan kapal persiaran itu kepada sebuah syarikat China, CSC Jinling Shipyard bagi membina Titanic II yang mirip kapal pertama yang karam.
“Kemewahan yang dimiliki kapal ini sama dengan kapal asal Titanic tetapi ia tentunya satu mercu tanda pembinaan dan kehebatan teknologi pelayaran serta sistem keselamatan abad ke-21,” katanya dalam satu kenyataan.
“Titanic II akan belayar di hemisfera utara dengan pelayaran sulungnya dari England ke Amerika Utara dijadual penghujung 2016.
“Kami sudah menjemput Tentera Laut China untuk mengiringi Titanic II dalam pelayaran sulungnya nanti ke New York.”
Pengumuman Palmer muncul beberapa minggu sempena sambutan ke-100 tahun tenggelamnya Titanic pada 15 April 1912 selepas melanggar bongkah ais ketika pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.
Palmer berkata, kapal baru itu sebagai menterjemahkan kekentalan semangat pekerja yang membina kapal pelayaran gergasi asal berkenaan.
“Pekerja berkenaan menghasilkan kapal yang terus kekal biarpun sudah 100 tahun berlalu dan semangat ini perlu dikekalkan untuk 100 tahun lagi,” katanya.
Titanic dibina oleh White Star Line dan ia adalah syarikat perkapalan terbesar di dunia ketika itu.
Palmer berkata, beliau juga sudah mewujudkan syarikat perkapalannya sendiri iaitu Blue Star Line dan pembinaan Titanic II adalah sama dengan kapal asal iaitu mempunyai 840 bilik serta setinggi sembilan tingkat. – AFP
loading...
0 comments:
Post a Comment