Tuesday, 24 April 2012
Home »
» GILA !! Ditikam pada malam menjelang nikah
GILA !! Ditikam pada malam menjelang nikah
JOHOR BAHRU: Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati ditikam bertubi-tubi di hadapan bakal isteri dalam kejadian di depan rumah sewanya di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.
Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.
Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di sini, parah dan meninggal dunia di depannya.
“Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil,” katanya.-SUMBER
P/s :apa la dunia sekarang,tapi paling menyedihkan.dah nak nikah,ermm,ajal maut,jodoh semua ketentuan Allah..mungkin ada masalah antara diaorang.huhu.hati2 la.dunia sekarang manusia kalau dah meroyan,anik gila dah tak ingat apa.lol
loading...
0 comments:
Post a Comment