18 Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 7 March 2012

18 Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan

18 Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan

Jackie Chan dikenali sebagai pelakon aksi terkenal. Beliau memiliki reputasi sebagai pelakon yang sering melakukan sendiri aksi lagak ngeri dalam hampir setiap lakonannya. Oleh yang demikian, setiap filemnya sering menampilkan ketulenan dan tersangat tinggi nilai kualitinya. Ia jarang sekali dapat dilakukan oleh mana-mana pelakon lain termasuk daripada Hollywood.

Namun bergitu, aksi lagak ngeri yang dihasilkan sendiri oleh pelakon yang pernah diuruskan oleh seorang warga Malaysia, Willie Chan ini sangat tinggi risikonya. Hasilnya, beliau hampir maut dalam satu aksi lagak ngeri yang dilakukan beliau. Bukan itu sahaja, beliau sehingga kini memiliki masalah perdengaran akibat kecederaan serius ketika melakukan aksi tersebut. Ia berlaku semasa membintangi filem Armour of God di Yugoslavia. Sehingga kini, Jackie Chan dinobatkan sebagai ‘pelakon yang masih hidup yang paling banyak melakukan aksi lagak ngeri’ oleh Guiness Book of Record.
Kali ini, ikuti beberapa fakta menarik berkisar tentang seorang yang bernama Jackie Chan..!

18 Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan

Lengan
Lengan Jackie Chan tercedera setelah terhiris dalam satu adegan dalam ‘Snake In The Eagles Shadow’. Darah memercik keluar daripada luka tersebut dan ia dapat dilihat dengan jelas dalam filem tersebut.

Belakang
Dalam filem pecah panggung, “Police Story”, Jackie Chan hampir mengalami kelumpuhan setelah patah pada tulang vertebrate ke-7 dan ke-8.

Pipi
Pipi Jackie Chan pernah terkehel semasa pembikinan filem ‘Supercop’.

Dagu
Kecederaan di dagu dialami oleh Jackie Chan semasa pembikinan filem ‘Dragon Lord’. Kecederaan tersebut masih lagi membelenggu dirinya sehingga seringkali menyukarkan dirinya bercakap..

Dada
Jackie Chan pernah terkehel tulang dada sewaktu terhempas dalam satu adegan dalam filem “Armour of God II: Operation Condor”.

Telinga
Jackie Chan mengalami masalah perdengaran di telingga kirinya setelah terjatuh daripada pokok juga dalam filem “Armour of God II: Operation Condor”.

Mata
Jackie Chan hampir buta pada mata kirinya setelah tertusuk kayu dalam filem “Miracles”. Kecederaan pada matanya juga dialami semasa membintangi filem “Drunken Master”.

Kaki
Buku lali Jackie Chan patah semasa aksi lompatan ke atas hoverkraf dalam filem “Rumble in the Bronx”. Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk menyambung adegan tersebut dengan menggunakan stokin yang dibuat seakan-akan kasut.

Tangan
Jackie Chan tercedera pada tangan dan jarinya dalam filem “The Protector”.

Kepala
Beliau mengalami pelbagai kecederaan di kepala sepanjang perlibatannya dalam bidang perfileman. Namun, yang paling teruk adalah ketika membintangi filem “Armour of God” sehingga mencederakan otaknya. Beliau turut tidak sedarkan diri semasa melakukan adegan aksi dalam filem “Hand of Death”.

Lutut
Kecederaan di lututnya membuatkan beliau sukar untuk berlari dan melompat. Kecederaan paling teruk dialamainya pada bahagian lutut adalah dalam filem “City Hunter”.

Kaki
Semasa pembikinan filem “Crime Story”. Jackie Chan dilanggar oleh dua buah kereta dan mengalami patah kaki..

Leher
Jika pembaca adalah pengemar filem Jackie Chan, pembaca pasti akan mengingati satu adegan dalam filem Project A di mana Jackie Chan terjatuh daripada menara jam setinggi 60 kaki. Dalam adegan itu, beliau telah mendarat dengan cara yang agak memberhaya sehingga hamper mematahkan lehernya. Leher beliau juga pernah cedera semasa membintangi filem Mr. Nice Guy.

Hidung
Sekurang-kurangnya, tiga kali Jackie Chan telah patah tulang hidung iaitu dalam filem Mr. Nice Guy, Project A,Young Master.

Tulang Pelvis
Dalam filem Police Story, adegan menurun tiang telah mencederakan tulang pelvisnya sehingga ia terkehel daripada tempatnya.

Bahu
Dalam filem City Hunter dan Police Story II, Jackie Chan telah terkehel bahunya.

Gigi
Jackie Chan beberapa kali patah gigi. Namun yang paling teruk semasa membintangi filem Snake in the Eagles Shadow.

Kerongkong
Jackie Chan hampir tidak dapat bernafas semasa tercedera dalam adegan lagak ngeri Jackie ‘The Young Master’.

SUMBER

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...