Nora Danish Adalah Ciri-ciri Wanita Idaman Anuar Zain ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 20 November 2012

Nora Danish Adalah Ciri-ciri Wanita Idaman Anuar Zain


Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora  sejak kemunculan awal pelakon  itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria  wanita idaman saya yang feminin dan lembut.

"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku  yang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak  memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan  ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius !! Mayat Dijadikan Baja Pokok
    19.11.2015 - 0 Comments
    KONSEP Capsula Mundi dicadangkan. Gambar kanan, cara mayat dimasukkan di dalam kapsul. Rome: Dua artis…
  • Filem KAMI lakonan sudirman
    22.01.2012 - 0 Comments
    siapa rindu SUDIRMAN ? dah lama xdenga nama dia kan..ni ada satu movie yang Hann nak share dengan korang…
  • Zizan Razak Jawab Isu Disaman Lebih RM 500 ribu
    14.11.2014 - 0 Comments
    Hari ini kecoh mengenai jumlah tuntutan saman bernilai lebih setengah juta ringgit daripada bekas…
  • 'Orang Terbang' Di New York City (Video)
    01.02.2012 - 0 Comments
     boleh try beli satu,,dari jauh nampak macam orang real.huhu
  • COOL : Inilah Sungai Yang Dahulunya
    26.03.2013 - 2 Comments
    Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara.…