Apa itu The Deep Web ?Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu ~ Bila Han Bercerita

Saturday 8 December 2012

Apa itu The Deep Web ?Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu


Apa itu The Deep Web

The Deep Web

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.


Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:


1.Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
2.The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
3.The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
4.Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
5.Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
6.Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
7.Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
8.Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
9.Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Apa Yang Ada Di The Deep Web?


Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web. Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka. Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO. Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian 'Russian Roulette' dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar. Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.

Bagaimana Untuk Masuk Ke The Deep Web?

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu



Korang Boleh Mengunakan TOR Browser Untuk Surf : http://www.torproject.org/download/download

Pihak CIA dan FBI monitor deep web ini 24 jam sebab ianya tidak dikawal oleh mana2 pihak.. 'Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah tanggungajawab anda sendiri.'

Contoh : http://kpvz7ki2v5agwt35.onion/wiki/index.php/Main_Page/ http://xqz3u5drneuzhaeo.onion/users/cannabis/index.php

sumber

Share:

1 comment:

  1. Baru tahu.. perkongsian yang bagus.
    dengar tu macam menakutkan. uhu~

    New: Contest: Get RM100 Topup!

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...