Tuesday, 28 October 2014

604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu

604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu


Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.

Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?."

“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik."

“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.

Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.

Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.

Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Serius !! Maxis nak bagi RM 1 Juta Untuk Swap SimKad Je

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...