Dr Asri Simpati Dengan Nasib Ustaz Azhar Idrus ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 23 October 2014

Dr Asri Simpati Dengan Nasib Ustaz Azhar Idrus

Dr Asri Simpati Dengan Nasib Ustaz Azhar Idrus

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap fitnah yang menimpa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Beliau berkata, tiba masanya kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang yang fokus hukuman kepada individu yang bertindak menyebarkan gambar atau video kehidupan peribadi seseorang.Dr Asri berkata demikian selepas diminta mengulas penyebaran gambar dan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan penceramah bebas itu.

Rakaman video berdurasi 0:38 saat itu menampilkan seorang lelaki mirip UAI dengan seorang wanita, melakukan adegan intim dengan sebahagian badan mereka dilitupi selimut.Lelaki mirip Ustaz Azhar itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila beliau dikesan melirik tepat kepada kamera.

“Saya bersimpati kepada Ustaz Azhar Idrus. Sepatutnya tidak ada sesiapa yang boleh sebar, berkongsi dan jangan buat kesimpulan buruk perkara yang kita sendiri tidak tahu (kebenarannya).

“Kerajaan kena buat undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan sisi peribadi seseorang, sama ada anak, isteri seseorang atau merakam perbuatan di rumahnya, yang mana mereka tidak suka orang tahu, termasuk hubungan intimnya. Maka undang-undang perlu dibuat untuk ambil tindakan kepada si pelaku,” katanya hari ini.

Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan penyebaran gambar dan rakaman tersebut yang disifatkan sebagai cubaan jahat untuk memalukan individu berkenaan.Mengulas lebih lanjut, Dr Asri bersependapat dengan kenyataan pembantu UAI, Zulkifli Wahab yang menyifatkan penyebaran video palsu itu adalah cubaan menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.Beliau menasihatkan rakyat di negara ini agar meneliti penyampaian berita di laman sosial, terutamanya yang dikendalikan oleh ‘bloggers’ kerana kebiasaannya bermotifkan politik.

“Ini karakter politik yang membunuh (assassination) yang dilakukan sesetengah pihak terutamanya bloggers yang bersikap jahat. Kebanyakan blogger jahat ini ada tuannya di dalam politik.

“Sebab itulah rakyat kena teliti bloggers jahat berpihak kepada parti mana. Maka kita akan tahu tabiat sesebuah parti itu jahat atau sebaliknya,” katanya lagi.

Sementara itu Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.Beliau turut menafikan bahawa individu itu adalah UAI dan menyifatkan penyebaran video palsu berkenaan sebagai cubaan menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan (UAI)… jangan percaya. Itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama.

“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini,” katanya yang dipetik Harian Metro hari ini.

Malah beliau tidak menolak usaha itu dilakukan ekoran baru-baru ini UAI membidas program ‘I Want To Touch A Dog’ pada Ahad lalu.

“Pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam.Penceramah bebas ini suatu ketika dahulu mencetus fenomena apabila berjaya menarik ribuan orang hadir  ke program ceramah agamanya.Penyampaiannya yang bersahaja diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena, mencuit hati orang yang hadir."




sumber

P/s : aku rasa sedih betul la dengan fitnah2 yang dilontarkan pada ulama2 ni..entah edit ke.superimposed ke.orang lain ke.ikut suka tekak kau je hina ulama'..akhir zaman fitnah berleluasa


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...