Thursday, 25 August 2016

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara



1. The Mega Teriyaki Burger.

    - Asal: Jepun
5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara


Pada dasarnya, ia adalah burger biasa Big Mac yang telah diletakkan sos teriyaki yang manis dan gelap berserta mayonis. Ia merupakan satu-satu nya produk burger yang datang bersama menu sampingan seperti kentang goreng dan nugget.


2. The McCurry Pan.

    - Asal: India

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

The McCurry Pan merupakan produk asli dan direka khusus untuk pasaran India. Ia terdiri daripada kotak roti rangup (kotak yang diperbuat daripada roti) yang dipenuhi dengan sos cendawan berkrim, brokoli dan lada loceng (terdapat juga dalam versi ayam). Ia juga sebenarnya terdiri daripada sayur-sayuran sebenar yang dibawa daripada Amerika Syarikat kecuali bawang dan salad.


3. McLaks

   - Asal: Norway

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Pada tahun 1997, McDonalds telah memperkenalkan burger salmon di Norway berikutan beberapa kejayaan produk tersebut yang laris dijual. Berlainan daripada burger salmon yang biasa, McLaks direka untuk menjadi lebih serantau, sihat dan lebih rendah lemak di mana mereka menganggarkan majoriti penduduk Norway akan berkunjung ke McDonalds untuk mendapatkan makanan yang sihat.


4. Gallo Pinto

   - Asal: Costa Rica

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Gallo Pinto merupakan makanan ruji penduduk Costa Rica yang boleh didapati di semua cawangan restoran McDonalds di sana. Makanan tersebut sangat ringkas, kerana pada asas nya ia hanya terdiri daripada nasi goreng dan kacang dan dimakan terutamanya pada waktu pagi. Dalam versi McDonalds, makanan turut dihidangkan bersama telur hancur dan krim masam.


5. McWedding.

    - Asal: Hong Kong

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Jangan pelik kerana restoran McDonalds di Hong Kong menawarkan satu majlis perkahwinan. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu; restoran McDonalds di Asia mempunyai imej pemasaran yang lebih baik daripada di Barat dan majlis perkahwinan di Hong Kong mempunyai kos yang tinggi. Majlis perkahwinan yang ditawarkan oleh McDonalds akan mengambil tempat di salah satu restoran cawangan mereka di sana sambil pasangan pengantin dan para tetamu dihidangkan dengan burger, kentang goreng dan shake.


P/s: nice !!ada kepelbagaian ikut citarasa dn permintaan setiap negara.haha


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga