Tips : Petua Ubati Mata Tanpa Ubat ~ Bila Han Bercerita

Thursday 18 August 2016

Tips : Petua Ubati Mata Tanpa Ubat

Petua Ubati Mata Tanpa Ubat


Pakai contact lenses berjam-jam, pulak tu menghadap skrin komputer, tv dan telefon punyalah lama. Mana tak sakit, penat dan merah mata anda tu.

Ini kami ada beberapa tips yang boleh gunakan sebelum anda berjumpa dengan doktor mata.

1. Tekap tuala basah pada mata. Kalau boleh basahkan tuala tersebut dengan air sejuk.

2. Letak ais kiub atau pek beku pada pada mata anda sekurang-kurangnya empat hingga limat minit.

3. Kurang-kurangkan tengok skrin tv, komputer mahupun telefon kerana memandang skrin terlalu lama boleh menyebabkan mata penat, mudah sakit dan menjadi merah.

Ikut rules 20-20, pandang skrin 20 minit dan kemudian buat aktiviti lain 20 minit lepas baru sambung tengok skrin balik.

4. Elak Asap Rokok.

Asap rokok boleh menyebabkan mata mudah terkena pelbagai jangkitan. Antaranya, katarak serta sindrome mata kering. Kalau anda seorang perokok tegar, kurangkan merokok kerana ianya mengundang masalah lain pada tubuh anda.

5. Tidur secukupnya.

Tubuh badan yang letih memberi kesan yang sama kepada mata anda. Jadi pastikan anda mendapatkan tidur secukupnya.

6. Jika mata sakit berlanjutan, segera rujuk doktor. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...