Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui ~ Bila Han Bercerita

Thursday 25 August 2016

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui


Pakaian dalam wanita yang menyerupai bra tersebut telah ditemui di sebuah istana Zaman Pertengahan di Austria dan disahkan berusia hampir 600 tahun.

Pakar-pakar fesyen mengatakan penemuan tersebut amat mengejutkan kerana sebilangan wanita hanya mula memakai bra 100 tahun apabila era pemakaian corset ketat ditinggalkan.

Berkerja bersama ahli pasukannya, Beatrix Nutz, seorang ahli arkeologi dari Universiti Innsbruck baru-baru ini telah menyiarkan penemuan pakaian dalam tersebut termasuk beberapa pasang bra dan seluar dalam dari Zaman Pertengahan.

"Kami sendiri pun hampir tidak mempercayainya." ujar beliau. "Daripada apa yang diketahui, tidak ada perkara seperti pakaian dalam tersebut pada abad ke-15." Nutz telah membentangkan kertas kerja akedemik mengenai penemuannya itu dan pakaian itu juga telah dihantar untuk DNA.

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui


Sejumlah 4 bra telah ditemui bercampur aduk dengan kotoran, jerami, kulit dan sisa kain lain di Lemberg Castle di Tyrol, Austria. Bra tersebut yang diperbuat daripada linen itu hampir menyerupai bra dan pakaian dalam wanita versi zaman moden dengan 2 tali di bahagian bahu dan cawan penutup payudara.

Satu spesimen khususnya "kelihatan sama seperti bra zaman moden," kata Hillary Davidson, kurator fesyen di Muzium London. "Ini adalah penemuan yang menakjubkan,"

Para penyelidik juga menemui beberapa seluar dalam di dalam istana tersebut, kata Nutz kepada AP. Dikatakan seluar dalam tersebut merupakan pakaian dalam milik lelaki. Adakah ini bermakna Zaman Pertengahan adalah lebih liberal daripada zaman obsesi corset ketat pada abad ke-18 dan ke-19?

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...