Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat ~ Bila Han Bercerita

Thursday 18 August 2016

Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat

Remaja Ketagih Viagra Kerana Mahu Tunjuk Hebat


Baru berusia 13 tahun, namun seorang remaja telah ketagih kepada Viagra selepas rakan-rakan sekelasnya memberitahu prestasinya di atas `katil’ akan menjadi hambar jika tidak mengambil ubat berkenaan.

Pendedahan mengejutkan ini berlaku di Britain dengan remaja terbabit menjadi individu termuda ketagih pada Viagra.

Dia mula menonton video lucah pada usia 12 tahun dan terpaksa mencuri duit ibu bapanya untuk mengatasi ketagihan berkenaan hinggakan dia mengambil enam pil Viagra ketika menghadiri parti seks.

Ketika itu ibu bapa remaja terbabit menyangka anak mereka bermain komputer games dengan rakan-rakan sebayanya.

Ketagihan berkenaan hanya diketahui selepas dia gagal mencapai syahwat tanpa Viagra dan susulan itu budak berkenaan telah diberikan rawatan psikologi.

“Saya kini sudah berusia 15 tahun dan zaman kanak-kanak saya sudah musnah.

“Ramai orang menyangka Viagra untuk lelaki pertengahan usia namun ia kini boleh diperolehi dengan mudah di sekolah. Ibu bapa dan pelajar perlu tahu apa yang berlaku.


“Saya menyesal mencubanya,’’ kata remaja terbabit.


Remaja itu yang berasal dari Lancashire, turut memberikan amaran bahawa pil Viagra itu boleh diperolehi dengan mudah melalui internet.

Dia mengaku mengambil Viagra kerana mahu menjadi seperti pelakon filem lucah.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...