Thursday, 18 August 2016

Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun

Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun


WASHINGTON: Bekas pelakon lagak ngeri warga Amerika menjadi penerjun pertama terjun pada ketinggian 7,600 meter tanpa payung terjun, sebaliknya mendarat dalam jaring di selatan California.

Luke Aikins, 42, menghabiskan setahun setengah mempersiapkan diri untuk melakukan aksi berani mati itu yang membabitkan terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley.

Rangkaian televisyen Fox menyiarkan aksi lompatan dua minit itu secara langsung di TV realiti khas selama sejam.

Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun

"Beri perhatian kepada sains dan matematik di sebaliknya. Dan kami akan tunjukkan kepada anda apa yang mungkin," kata Aikins, 42, yang mengendalikan sebuah sekolah terjunan udara di Washington, sebelum berlepas.

Terdapat banyak kaedah di sebalik kegilaan Aikins yang pernah membuat lebih daripada 18,000 terjunan udara.

Beliau yang juga seorang juruterbang kapal terbang dan helikopter membuat terjunam seiring pertamanya ketika berusia 12 tahun dan terjunan solo empat tahun kemudian. - Agensi


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga