Ketika masa muda, Steve Jobs dan Steve Wozniak telah mengasakan Apple di garaj bersebelahan rumah keluarga Steve Jobs. Dalam garaj itulah kedua-dua mereka bekerja mencipta komputer pertama Apple di beri nama Apple I dan Apple II.
Garaj yang sama masih wujud hingga ke hari ini dan garaj itu jugalah dipilih sebagai lokasi penggambaran sebenar oleh produser filem “Jobs – Get Inspired” lakonan utama Ashton Kutcher, membawakan watak Steve Jobs semasa hayatnya ketika tahun 1971 hingga tahun 2000. Garaj usang itu menjadi pejabat rasmi Apple sebelum Steve Jobs dan Steve Wozniak menyewa ruang pejabat baru di Cupertino, California.
Satu lagi filem lain mengenai kehidupan Steve Jobs juga sedang menjalani proses pembikinan di bawah kendalian Sony Pictures, tajuk filem tersebut masih dirahsiakan. Pihak Sony baru-baru ini telah memilih Aaron Sorkin sebagai penulis skrip untuk filem mereka. Untuk info, Aaron Sorkin merupakan penulis skrip bagi dua filem laris sebelum ini iaitu The Social Network dan The West Wing.
0 comments:
Post a Comment