Pelik : Untuk Mengubati Penyakit Asma, Orang Di India Menelan Ikan Hidup-Hidup ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 July 2012

Pelik : Untuk Mengubati Penyakit Asma, Orang Di India Menelan Ikan Hidup-Hidup




Ribuan pesakit kelihatan berada di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para pesakit tersebut siap menelan hidup-hidup ikan tuna yang sudah dilumuri dengan ramuan ubat rahsia.

Beribu-ribu orang berjalan menuju Hyderabad setiap bulan Jun untuk melakukan rawatan yang ditawarkan oleh keluarga Goud secara percuma betul-betul di hari yang dipilih oleh para ahli perbintangan.

Keluarga Goud mendakwa bahawa mereka mendapatkan ramuan rahsia tersebut dari orang Suci Hindu sekira 170 tahun yang lalu. Mereka menolak permintaan doktor yang meminta ramuan tersebut, dengan alasan bahawa orang suci tersebut memberi amaran bahawa keajaiban ramuan tersebut boleh hilang jika diperjualbelikan.

Seperti dipetik Straits Times, setelah para pesakit menelan ikan tersebut, mereka diwajibkan untuk diet selama 45 hari.

Mereka dilarang memakan 25 jenis makanan, seperti daging kambing, gula putih, mangga kering dan bayam. Mereka juga tidak dibenarkan makan makanan yang digoreng dan menjalankan rawatan selama dua tahun.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...