Sunday, 8 July 2012
Home »
Info dan Fakta
» Undang-Undang Pelik Di Amerika Syarikat
Undang-Undang Pelik Di Amerika Syarikat
Berikut adalah undang-undang yang boleh dikatakan agak aneh tetapi sebenarnya wujud di Amerika Syarikat. Undang-undang berkenaan terkandung dan tertulis dalam buku undang-undang negeri masing-masing tetapi ianya tidaklah dikuatkuasakan seperti undang-undang lain. Undang-undang ini dipetik daripada pelbagai sumber yang agak reliable, tetapi tidak dijamin 100% kebenarannya.
1. Di Texas, adalah melanggar undang-undang bagi siapa saja yang memiliki sepasang playar pada dirinya.
2. Di Philadelphia, korang tidak boleh meletakkan pretzel dalam poket berdasarkan kepada Act of 1760.
3. Undang-undang di Alaska menetapkan bahawa korang tidak boleh melihat “moose” atau pun rusa dari pesawat terbang.
4. Di Corpus Christie, Texas, adalah haram untuk memlihara buaya di rumah korang.
5. Di Miami, korang dilarang untuk meniru gaya dan aksi binatang.
6. Di Arkansas, USA adalah menjadi kesalahan jika gagal menyebut nama negeri tersebut “Arkansas” dengan betul.
7. Di Illinois, hukum adalah bahawa mobil harus diarahkan dengan kemudi.
8. Undang-undang California melarang seorang wanita daripada memandu kereta dengan mengenakan pakaian “house coat” atau pakaian ketika berada di rumah.
9. Di Tennessee, adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang jika memandu kereta sambil tidur.
10. Di New York pula, adalah salah dan berlawanan dengan undang-undang jika seseorang yang buta memandu kenderaan.
11. Di West Virginia, hanya bayi yang boleh duduk dalam kerusi roda bayi.
12. Di Gerogia, seseorang tukang gunting tidak dibenarkan untuk mengiklan harga atau kos menggunting rambut.
13. Di Louisiana, bil diperkenalkan beberapa tahun lalu di mana harga siling untuk memotong rambut lelaki yang botak ialah 25 cent.
14. Di Oklahoma, tidak ada pasukan besbol yang boleh memukul bola di atas pagar atau keluar daripada sebuah stadium baseball.
15. Di Rochester, Michigan, undang-undang menetapkan bahawa sesiapa yang ingin mandi di kawasan umum harus memiliki pakaian renang yang diperiksa oleh seorang polis !
16. Di Kentucky, undang-undang menetapkan bahawa seseorang mesti mandi sekurang-kurangnya sekali setahun.
17. Di Utah, burung memperolehi hak yang utama di setiap jalanraya atau lebuhraya awam.
18. Di Ohio, seseorang mesti mempunyai lesen untuk menjaga beruang.
19. Di Tennessee, ada salah menjual Bologna (sandwic daging) pada hari Minggu.
20. Di Providence, Rhode Island, adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang untuk terjun dari jambatan.
21. Di Kansas, korang tidak dibenarkan untuk memandu kerbau menggunakan atau melalui jalanraya.
22. Di Florida, adalah salah di sisi undang-undang untuk menempatkan haiwan ternakan dalam bas sekolah.
23. Di New Jersey, kubis tidak boleh dijual pada hari Minggu.
24. Di Galveston, Texas, adalah haram untuk memiliki unta yang berkeliaran di jalanan!
25. Di North Carolina, adalah salah di sisi undang-undang membiarkan anjing dan kucing untuk bergaduh.
26. Di Cleveland, Ohio, meninggalkan chewing gum di tempat umum adalah satu kesalahan.
27. Di Virginia, ayam tidak boleh bertelur sebelum pukul 8:00 pagi, dan harus dilakukan sebelum pukul 4:00 petang.
28. Di New York, itu adalah bersalahan dengan undang-undang bagi kanak-kanak untuk memegang atau mengumpulkan puntung rokok dan cerut.
sumber
loading...
0 comments:
Post a Comment