October 2014 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 28 October 2014

Haiwan Aneh Yang Menyerupai Anjing Ditangkap Di Padang Pasir



Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.

sumber


Share:

COOL : Taman Tema Angry Birds Mula Dibuka Jumaat Ini Di Johor Bahru

Taman Tema Angry Birds Mula Dibuka Jumaat Ini Di Johor Bahru

Selepas Hello Kitty dan LEGO dua jenama besar membuka taman tema di Johor, kini giliran jenama permainan video popular Angry Birds untuk tampil dengan taman tema versi mereka pula yang akan dibuka secara rasmi pada hari Jumaat ini iaitu 31 Oktober 2014

Taman tema dalam bangunan Angry Birds ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan para pengunjung akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship di taman yang terletak di pusat membeli-belah Komtar JBCC, Johor Bahru itu.

Tiket berharga RM75 untuk sekali masuk tetapi harga bagi pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60. Taman tema aktiviti Angry Birds ini akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

sumber


Share:

Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Yus Dan Tauke

Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Yus Dan Tauke

Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang.

Salah seorang anggota Jambu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri berkata, syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi.


"Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM. 

Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting, katanya."

Tambah Tauke, pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yg tidak membawakan lawak slapstik.

Dalam pada itu, menerusi nama Virus juga, mereka akan menyampaikan persembahan yg berbeza dengan idea yg lebih segar.


"Saya percaya ramai yg tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud. 

Dan saya mengakui pengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan peminat-peminat Zizan dengan peminat kami, tuturnya."

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

sumber


Share:

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Tahukah anda terdapat beberapa filem seram yang pernah kita tonton sebenarnya berdasarkan kisah benar? Berikut adalah 10 filem seram diinspirasikan dari kisah benar.

1. Child's Play (1988)


child play

Patung pembunuh yang dikenali sebagai Chucky adalah berdasarkan kisah benar sebuah patung bernama Robert the Doll. Patung tersebut dikatakan telah dirasuk oleh roh jahat. Patung Robert itu dikatakan boleh bercakap, berjalan dan berlari serta menyerang seorang pembantu dengan pisau.

2. The Exorcism of Emily Rose (2005)

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Remaja 17 tahun Anneliese Michel dikatakan telah dirasuk oleh syaitan pada tahun 1968. Anneliese dilaporkan selalu menyalak seperti anjing dan juga memakan labah-labah dan burung. Beliau melakukan upacara menghalau syaitan tersebut namun umurnya tidak panjang dan mati selepas upacara itu. Salah satu babak dalam filem berkenaan dikatakan merupakan rakaman asal ketika upacara menghalau syaitan.

3. The Hills Have Eyes (1977/2006)

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Filem ini berkisah sebuah keluarga yang telah diserang oleh 'mutant' ketika mengalami kerosakan di tengah padang pasir. Filem yang berdasarkan sebuah kisah dimana terdapat satu kaum kanibal di Scotland yang tinggal di sebuah gua yang telah memakan lebih 1,000 orang pada tahun 1700.

4. Amityville Horror (1979)


Pintu dihempas, hantu dan lalat yang banyak, kisah Amityville mengenai pasangan yang baru berkahwin iaitu George dan Kathy Lutz. Mereka mendapat tahu rumah yang mereka beli dengan murah iaitu "High Hopes" sebenarnya berhantu. Mereka berpindah kesitu 13 bulan selepas pemilik sebelumnya Robert DeFeo Jr membunuh 6 ahli keluarganya. Setelah 28 hari tinggal di rumah berkenaan, pasangan Lutz akhirnya berpindah kerana tidak tahan diganggu.

5. Open Water (2003)

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Berdasarkah kisah benar pasangan Tom dan Eileen Lonergan yang terdampar di lautan berdekatan Great Barrier Reef. Bot yang mereka naiki semasa menyelam telah meninggalkan mereka tanpa sengaja. Mereka berdua tidak dapat dijumpai walaupun usaha besar-besaran mencari mereka dilancarkan.

6. The Conjuring (2013)


the conjuring real stories

Berkisahkan sebuah rumah yang berhantu di Rhode Island pada tahun 1970an. Penyiasat paranormal terkenal Ed & Lorraine Warren mendakwa roh jahat muncul di rumah berkenaan pada setiap hari pada waktu 5.15 pagi. Banyak kejadian yang menakutkan terjadi kepada keluarga tersebut. Roh Batsheba Sherman yang dikatakan mengganggu keluarga Perron dikatakan sebagai seorang ahli sihir.

7. The Girl Next Door (2007)

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Kisah ini berdasarkan kisah Gertrude Baniszewski yang telah mengikat Sylvia Wilkens di rumahnya pada tahun 1965. Gertrude kemudian memukul, membakar dan membiarkan Sylvia kelaparan sehinggalah Sylvia mati.

8. Dracula

Dracula real story

Dracula sebenarnya berdasarkan kisah putera Romania bernama Vlad the Impaler. Vlad akan menyucuk mangsa dengan pancang sehingga organ penting mangsa berlubang. Ini menyebabkan mangsa beliau akan mengalami kematian yang perlahan dan menyeksakan.

9. Psycho (1960)

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Karakter Norman Bates yang suka membunuh wanita ialah berdasarkan pembunuh siri di Amerika bernama Ed Gein. Pada tahun 1950an, Gein akan melawat tanah perkuburan dan akan menggali mayat yang menyerupai emaknya.

10. Silence of The Lambs (1991)

10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Watak Buffalo Bill dalam filem ini diambil dari kisah seorang pembunuh bersiri yang sakit jiwa, Ted Bundy. Seperti Bill, Bundy juga akan membuat dirinya seperti tercedera untuk menarik wanita sebelum menculik dan membunuh wanita berkenaan.


sumber


Share:

Pelajar MRSM Dibelasah Oleh Senior Sehingga Patah Rusuk

Pelajar MRSM Dibelasah Oleh Senior Sehingga Patah Rusuk
gambar hiasan

Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini patah tulang rusuk akibat dipukul sembilan pelajar tingkatan empat di asrama sekolah berkenaan, kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan pelajar terbabit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana serpihan tulang rusuknya terkena jantung.

Mangsa dikatakan dipukul menggunakan seterika dan juga dipijak semua pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, lapor lamanmyMetro hari ini.

sumber

P/s : Makbapak anta pergi sekolah suruh belajar..banggang apa 9 belasah sorang.budak kecik pulak tuu..


Share:

Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya, Miliki Mercedes Benz Sport

Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya, Miliki Mercedes Benz Sport


Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya.

Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia memperolehinya daripada titik peluhnya sendiri.

Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz.


Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar di Internet.

Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut.

Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang telah diceburinya sejak 1983 itu.

Pelawak yang sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan.

Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yang sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.

Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.

sumber


Share:

COOL : Alat Mudah Alih Kesan Babi Dalam Makanan

Alat Mudah Alih Kesan Babi Dalam Makanan
Peranti mudah alih ini dijual pada harga 6.90 euro (RM29) seunit.

Dua usahawan Perancis melancarkan peranti mudah alih yang boleh mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan.

Memetik laporan dari laman berita Sinar Harian, pemilik syarikat Capital Biotech, Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui menyatakan idea untuk menghasilkan alat itu tercetus ketika mereka masih menuntut di universiti kira-kira dua tahun lalu.

“Kit terbabit dilengkapi dengan tabung uji kecil yang akan menguji sampel makanan dengan menggunakan jalur uji. Keputusan dua jalur pada alat tersebut yang diperoleh selepas beberapa minit menunjukkan kehadiran babi dalam makanan berkenaan,” kata Julien dipetik Al-Arabiya

Menurutnya, alat ciptaan mereka itu didakwa memberikan keputusan 99 peratus tepat dan ia jauh lebih murah daripada peranti sedia ada di pasaran.

Sementara itu, penduduk Islam di negara terbabit turut menyambut baik usaha Julien dan Chaoui untuk memastikan mereka mendapat makanan halal di negara tersebut.

sumber


Share:

604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu

604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu


Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.

Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?."

“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik."

“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.

Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.

Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.

Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.

sumber


Share:

6 Fakta Tentang KFC Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

6 Fakta Tentang KFC Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan "Kentuck Colonel".

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

sumber


Share:

Bahaya Timang Anak !! (WAJIB BACA)

Bahaya Timang Anak


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat.

1) Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.


2) Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.


3) Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


4) Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

5) Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.


PENCEGAHAN SBS

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

P/s : Artikel sepenuhnya oleh Dr.Muna


Share:

Bahaya Ajinomoto Dalam Masakan

Bahaya Ajinomoto Dalam Masakan


Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.


Ajinomoto Punca Sindrom Restoran Cina
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus.

sumber


Share:

Sunday, 26 October 2014

COOL : "Flying Fox" Antarabangsa Yang Terletak Antara Sempadan Sepanyol & Portugal

"Flying Fox" Antarabangsa Yang Terletak Antara Sempadan Sepanyol & Portugal


Sekiranya anda pandang buat kali pertama, anda mungkin tidak akan perasan bahawa sebenarnya terdapat satu kabel keluli menghubungkan Sanlucar de Guadiana, di Andalucia, Sepanyol, ke Alcoutim, di Algarve, Portugal. Dengan kepanjangan melebihi 720 meter panjang, laluan umpama 'flying fox' ini hanya satu-satunya di dunia digunakan untuk menyeberangi sebuah sempadan antarabangsa dengan membawa pelancong meluncur di atas Sungai Guadiana pada kelajuan antara 70 dan 80 kilometer sejam.

Platform perlepasan terletak di tepi istana Sanlúcar de Guadiana, hampir 100 meter di atas sungai. Titik pendaratan adalah lebih kurang 15 meter, di Alcoutim, bagi mewujudkan sudut purata bagi kecondongan penurunan kira-kira 12.47%, yang boleh mencatatkan masa perjalanan dalam masa kurang daripada satu minit. Lawatan itu, sebaik sahaja selesai, pelawat akan dibawa naik ke dalam feri dan dibawa kembali ke Sepanyol di seberang sungai. Para peserta boleh mendapatkan sijil, membeli gambar-gambar atau menyewa topi keledar berkamera untuk memfilemkan perjalanan mereka.

Laluan "flying fox" ini telah dibiayai sepenuhnya secara persendirian oleh seorang warga Inggeris, David Jarman. "Dua kampung di sebelah dua negara, terpisah oleh sebatang sungai 150 meter lebar - cara ini yang nampak lebih menyerlah pada saya," katanya.

Pada hari yang sibuk, laluan ini akan yang mengambil masa 24-30 orang untuk setiap jam, pada harga €15 bagi setiap orang. Laluan ini juga berfungsi 200 hari setahun: proses penutupan dibuat pada separuh kedua bulan November dan separuh kedua bulan Februari. Ia akan memberi pekerjaan kepada 5 hingga 7 orang di kedua-dua belah sempadan.

"Flying Fox" Antarabangsa Yang Terletak Antara Sempadan Sepanyol & Portugal

"Flying Fox" Antarabangsa Yang Terletak Antara Sempadan Sepanyol & Portugal


sumber


Share:

Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909

Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909

Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York.

Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk.

Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909

Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.

Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909

Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai.

Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.

Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius.

sumber


Share:

Saturday, 25 October 2014

COOL : Inilah Arca Karakter Popeye, The Sailorman Yang Termahal Di Dunia

Arca Karakter Popeye, The Sailorman Termahal Di Dunia

Sejak zaman kanak-kanak, kita amat menyukai karakter kartun bernama Popeye yang sering menyelamatkan keadaan dengan memakan satu tin bayam.

Tidak lupa juga, kepada watak heroin dalam kartun tersebut, Oliver Oyl. Bagi sesetengah daripada anda, mungkin ada yang menyimpan patungnya di rumah, tetapi tiada seorang pun yang memiliki patungnya yang seberat 2,000 paun kerana ia bukan sekadar patung biasa.

Patung ini telah dibeli kepada seorang jutawan pengumpul barang-barang seni, Steve Wynn. Dianggarkan, patung Popeye ini berharga kira-kira US$28 juta. Ketua seni kontemporari di Sotheby, Alexander Rotter, berkata dalam satu temu bual, "Popeye mewakili permulaan dan pengakhiran seni pop".

Arca Karakter Popeye, The Sailorman Termahal Di Dunia

Arca Karakter Popeye, The Sailorman Termahal Di Dunia


P/s : popeye the sailorman pon pon..


Share:

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun


Yareta (Azorella compacta), juga dikenali sebagai "Llareta" dalam bahasa Sepanyol, merupakan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga Apiaceae. Ia tumbuh di padang rumput Puna yang dingin terletak di Pergunungan Andes di Peru, Bolivia, utara Chile, dan Argentina barat pada ketinggian antara 3,200 dan 4,500 meter, di mana angin sejuk bertiup. Untuk terus hidup dalam keadaan yang ekstrem, Yareta tumbuh dalam keadaan yang begitu padat di antara satu sama lain di mana berat tumbuhan itu mampu mencecah berat seperti seorang manusia. Tumbuhan itu juga tumbuh rapat di atas tanah bagi mengekalkan haba dalaman sebanyak yang mungkin. Ini juga membantu untuk menentang angin kuat pada altitud tinggi, yang mampu mencabut akar apa-apa jenis tumbuhan. Untuk menghalang kehilangan kelembapan melalui penyejatan, Yareta mempunyai daun yang dilindungi.

Satu lagi helah yang tumbuhan ini telah belajar untuk terus hidup dalam persekitaran Pergunungan Andes yang ganas adalah dengan berkembang secara perlahan-lahan, hampir pada kadar geologi sebanyak 1.5 cm setahun. Satu kelompok besar Yareta tumbuh di atas batu-batu itu boleh mencecah usia beribu-ribu tahun lamanya. Kebanyakkan Yareta dianggarkan berusia lebih dari 3,000 tahun.

Oleh kerana tumbuhan Yareta bersifat kering dan padat, ia boleh terbakar dengan baik, seperti gambut, dan secara tradisi, ia sering dituai untuk djadikan bahan api. Jumlah Yareta yang dituai telah menjadi begitu ketara sehingga pada satu tahap ia boleh mengancam kewujudan spesies tumbuhan ini. Yareta kini telah menjadi antara spesies yang dilindungi dan disebabkan kadar pertumbuhannya yang perlahan, ia juga telah berjaya sampai ke senarai tumbuhan yang terancam.

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun

Yareta: Inilah Tumbuhan Purba Yang Berusia 3,000 Tahun


sumber

P/s : sekali tengok macam lumut kering yang bergerak pulak.ngehehe

Share:

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia
Sheikh Abdul Qadir Al-Taha Sheibi meninggal dunia di Mekah pada Khamis


MAKKAH: Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Al-Taha Sheibi meninggal dunia di sini pada Khamis, lapor portal berita, Arab News, hari ini.

Beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Difahamkan, keluarga Al-Sheibi telah diberi amanah memegang kunci tersebut secara tradisi semenjak zaman Pra-Islam.

Penjaga kunci Kaabah ini turut dikatakan mempunyai susur galur dengan sahabat Nabi, Sheiba Bin Othama Abi Thalhah yang hidup pada zaman Nabi Muhammad (SAW).

sumber


Share:

Friday, 24 October 2014

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

korang sume suka g pantai tak?? selalunya perkara pertama yang terlintas dalam fikiran korang bila orang sebut pantai adalah perkara yang menenangkan untuk berehat,bercuti..ok apa kata korang layan pulak gambar2 ni..mana tahu mampu mengubah persepsi korang..hehe.

Pantai ini di kenali sebagai Pantai Dameisha yang terletak di Shenzhen, China. Dianggarkan sebanyak 363 tan sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan pantai ini terkenal sebagai pantai yang paling kotor di dunia.

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia

Inilah Pantai Paling Kotor Di Dunia


P/s : pergh releks je dorang picnic bagai..siap bantai baring lagi.haha


Share:

COOL : PhotoMath, Aplikasi bantu Pelajar selesaikan soalan Matematik

PhotoMath, Aplikasi bantu Pelajar selesaikan soalan Matematik

Bagi pelajar-pelajar yang tidak gemar membuat latihan dan kerja rumah subjek Matematik, anda mungkin boleh menggunakan aplikasi PhotoMath yang membantu anda menjawab soalan matematik dengan pantas.

Aplikasi PhotoMath ini berfungsi melalui kamera telefon pintar. Soalan akan diimbas melalui lensa kamera dan seterusnya paparan jawapan akan ditunjukkan secara langsung melalui paparan skrin telefon pintar pengguna yang menggunakan iOS dan Windows Phone.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya mampu menyelesaikan soalan matematik yang ringkas dan sederhana. Soalan-soalan yang sukar dan kompleks masih lagi belum boleh dijawab. Tambahan pula, pada versi ini, PhotoMath masih belum mampu membaca tulisan tangan dan imbasan hanya terhad pada tulisan bertaip seperti di dalam buku teks.

sumber


Share:

Thursday, 23 October 2014

Dr Asri Simpati Dengan Nasib Ustaz Azhar Idrus

Dr Asri Simpati Dengan Nasib Ustaz Azhar Idrus

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap fitnah yang menimpa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Beliau berkata, tiba masanya kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang yang fokus hukuman kepada individu yang bertindak menyebarkan gambar atau video kehidupan peribadi seseorang.Dr Asri berkata demikian selepas diminta mengulas penyebaran gambar dan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan penceramah bebas itu.

Rakaman video berdurasi 0:38 saat itu menampilkan seorang lelaki mirip UAI dengan seorang wanita, melakukan adegan intim dengan sebahagian badan mereka dilitupi selimut.Lelaki mirip Ustaz Azhar itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila beliau dikesan melirik tepat kepada kamera.

“Saya bersimpati kepada Ustaz Azhar Idrus. Sepatutnya tidak ada sesiapa yang boleh sebar, berkongsi dan jangan buat kesimpulan buruk perkara yang kita sendiri tidak tahu (kebenarannya).

“Kerajaan kena buat undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan sisi peribadi seseorang, sama ada anak, isteri seseorang atau merakam perbuatan di rumahnya, yang mana mereka tidak suka orang tahu, termasuk hubungan intimnya. Maka undang-undang perlu dibuat untuk ambil tindakan kepada si pelaku,” katanya hari ini.

Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan penyebaran gambar dan rakaman tersebut yang disifatkan sebagai cubaan jahat untuk memalukan individu berkenaan.Mengulas lebih lanjut, Dr Asri bersependapat dengan kenyataan pembantu UAI, Zulkifli Wahab yang menyifatkan penyebaran video palsu itu adalah cubaan menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.Beliau menasihatkan rakyat di negara ini agar meneliti penyampaian berita di laman sosial, terutamanya yang dikendalikan oleh ‘bloggers’ kerana kebiasaannya bermotifkan politik.

“Ini karakter politik yang membunuh (assassination) yang dilakukan sesetengah pihak terutamanya bloggers yang bersikap jahat. Kebanyakan blogger jahat ini ada tuannya di dalam politik.

“Sebab itulah rakyat kena teliti bloggers jahat berpihak kepada parti mana. Maka kita akan tahu tabiat sesebuah parti itu jahat atau sebaliknya,” katanya lagi.

Sementara itu Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.Beliau turut menafikan bahawa individu itu adalah UAI dan menyifatkan penyebaran video palsu berkenaan sebagai cubaan menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan (UAI)… jangan percaya. Itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama.

“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini,” katanya yang dipetik Harian Metro hari ini.

Malah beliau tidak menolak usaha itu dilakukan ekoran baru-baru ini UAI membidas program ‘I Want To Touch A Dog’ pada Ahad lalu.

“Pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam.Penceramah bebas ini suatu ketika dahulu mencetus fenomena apabila berjaya menarik ribuan orang hadir  ke program ceramah agamanya.Penyampaiannya yang bersahaja diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena, mencuit hati orang yang hadir."




sumber

P/s : aku rasa sedih betul la dengan fitnah2 yang dilontarkan pada ulama2 ni..entah edit ke.superimposed ke.orang lain ke.ikut suka tekak kau je hina ulama'..akhir zaman fitnah berleluasa


Share:

MELAMPAU !! Penghinaan Terhadap Islam.Anjing Di Pakaikan Serban.

MELAMPAU !! Penghinaan Terhadap Islam.Anjing Di Pakaikan Serban.

Kuala Nerus: Penyebaran gambar memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.

Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.

“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di sini, hari ini.

Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi, kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,”

sumber

P/s : macam2 benda pelik berlaku.ustaz azhar difinah..ni pulak pakaikan anjing serban.astaghfirullah

Share:

iKettle : Cerek Pintar Kawalan Wifi

iKettle : Cerek Pintar Kawalan Wifi


 iKettle ialah cerek elektrik yang akan menyelesaikan masalah domestik anda. Cerek elektrik pintar ini boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi khas. Setakat ini ia menyokong peranti Android dan juga IOS. Melaluinya anda boleh menetapkan suhu air kepada 65, 80, 90 ataupun 100 darjah celsius.

Terdapat juga fungsi automasi yang akan memanaskan air pada waktu-waktu yang anda ditetapkan sendiri oleh pengguna. Terdapat lima pilihan warna yang boleh dipadankan kepada skema warna dapur anda. Cerek elektrik pintar dengan kapasiti 1.8 liter ini dijual pada harga RM 526 sebuah. Sebuah lagi barangan pintar yang akan memudahkan kehidupan seharian kita.

artikel sepenuhnya oleh amanz.my


Share:

Wednesday, 22 October 2014

iPhone 6 & 6 Plus Sah Masuk Malaysia 7 November Ini

iPhone 6 & 6 Plus Sah Masuk Malaysia 7 November Ini


iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia pada 7 November ini.

Syarikat telekomunikasi DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjadi syarikat pertama mendedahkan tarikh pengenalan iPhone 6 dan 6 Plus di negara ini dengan membuka tempahan gajet terbabit bermula 31 Oktober nanti.

Sebelum ini, Apple melancarkan bukan satu, tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci.

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080.

Lebih 10 juta telefon pintar terbaru itu habis dijual dalam tempoh tiga hari selepas ia dipasarkan di negara terpilih.

sumber

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...