Tuesday 10 February 2015
Home »
» Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun
Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun
Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.
Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.
Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.
Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.
sumber
loading...
0 comments:
Post a Comment