Thursday, 26 February 2015

Anak Jackie Chan Botakkan Rambut Simbolik Untuk Berubah

Anak Jackie Chan Botakkan Rambut Simbolik Untuk Berubah


Anak kepada pelakon Jackie Chan, Jaycee yang baru dibebaskan dari penjara akibat penyalahgunaan dadah telah mengambil langkah positif untuk berubah menjadi lebih baik.

Menerusi akaun sosial Weibo miliknya, Jaycee telah memuatnaik foto bapanya yang sedang memotong rambutnya sambil tersenyum, manakala gambar kedua pula menunjukkan gaya rambut barunya.

Ramai beranggapan, tindakan ini adalah simbolik dirinya yang ingin berubah dan seterusnya keluar daripada episod hitam yang pernah melanca dirinya.

Dalam pada itu, peminat Jaycee turut memberikan kata-kata positif dengan tindakannya ini dan memberikan sokongan moral.

Untuk rekod, Jaycee telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana melindungi individu yang terlibat dalam penggunaan dadah selepas polis menjumpai 100 gram marijuana di rumahnya, tahun lalu.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Serius !! Maxis nak bagi RM 1 Juta Untuk Swap SimKad Je

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...