Monday, 2 February 2015

Tahniah !! Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk

Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk


KUALA LUMPUR: Pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan mengejutkan ramai pihak apabila beliau hadir menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk dari Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Ketika Chan yang duduk di barisan hadapan bersebelahan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias, berdiri, ramai tetamu dan penerima terkejut dengan kehadirannya.

Disebabkan pegawai istana mengumumkan nama Cinanya, ramai yang tidak menyedari Chan duduk di kalangan penerima.

Kehadirannya hanya disedari apabila beliau berjalan ke pentas menerima gelaran tersebut sehingga ramai tetamu yang hadir bertanya antara satu sama lain.

Beliau tidak hadir pada sesi latihan pada Sabtu.

Selepas menerima anugerah tersebut, Chan, yang bersongkok dan memakai sut hitam, kembali ke tempat duduknya.

Beliau kemudiannya bergambar bersama beberapa individu dengan anugerah yang diterimanya di atas tangga di dalam istana yang dimuat naik di dalam media sosial termasuk oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di akaun Twitternya.

Chan dikenali kerana berlakon dalam filem Rush Hour, Police Story, dan filem kung fu, Drunken Master, antara 71 penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

sumber

P/s: terbaekkk


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Cepat borong barang baby anda !!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...