Thursday, 26 February 2015

Saleem dan Iklim kembali bersatu selepas 11 tahun menyepi

Saleem dan Iklim kembali bersatu selepas 11 tahun menyepi


Kumpulan Iklim yang kali terkahir melancarkan album pada tahun 2006 menerusi album Bunga Emas bakal mengubat kerinduan peminat apabila bakal muncul dengan konsert pada 7 Mac 2015 ini di Marina Bay Muar, Johor.

Acara ini pasti menjadi sejarah baru buat Iklim apabila mereka akan bersatu di atas satu pentas selepas 11 tahun. Konsert anjuran Empire Iklim dan ML Capital Sdn. Bhd akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

“Kami semua tidak sabar menantikan tarikh tersebut, kami juga rindukan peminat kami yang dahulu. Mungkin mereka semua sudah berkeluarga dan ada anak seperti kami. Jadi bawalah anak-anak generasi baru ini untuk lihat persembahan ‘otai’ rock. Kami juga ingin melihat reaksi anak muda hari ini terutamanya peminat muzik rock samada mereka boleh menerima rock daripada kami atau tidak," ujar pemain gitar kumpula ini, Umarul.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert berharga RM50.00 ini boleh mengunjungi kaunter yang dibuka setiap hari di Marina Bay Muar, Johor. Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-7991428 atau 012-7991638.

Untuk mendapatkan info tentang konsert ini boleh melayari laman facebook ‘EMPAYAR IKLIM OFFICIAL’. Konsert ini juga turut dijayakan oleh Best FM sebagai rakan radio rasmi.

sumber

P/s: rindu gile ngan iklim.huhhh.selalu abang saleem gerak nyanyi sendiri.sekarang dah dengan iklim balik.baru feel


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Serius !! Maxis nak bagi RM 1 Juta Untuk Swap SimKad Je

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...