Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal ~ Bila Han Bercerita

Thursday 26 February 2015

Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal

Anak David Brckham Disingkarkan Dari Arsenal


Impian anak lelaki sulung David Beckham, Brooklyn, untuk mengecapi kejayaan sebagai pemain bola sepak seperti bapanya, nampaknya tidak semudah yang disangka.

Brooklyn mendaftar masuk ke Akademi Hale End awal musim ini. Akademi itu menjadi batu loncatan kepada ramai remaja untuk menyertai pasukan berprofil tinggi iaitu Arsenal.

Namun Brooklyn, 15, dikhabarkan tidak akan ditawarkan kontrak biasiswa bersama akademi itu musim hadapan.

Khabar itu agak mengejutkan memandangkan Brooklyn turut dipanggil menyertai skuad bawah 18 tahun Arsenal baru-baru ini.

Biarpun tidak terpilih, namun jurulatih tetap berpendapat Brooklyn punya potensi. Pun begitu keputusan untuk tidak menawarkan tempat kepada Brooklyn adalah kerana dia berpendapat ada yang lebih layak.

Selain Brooklyn, dua adiknya, Romeo dan Cruz, turut menyertai akademi berkenaan. Cruz, 10, dikatakan paling berbakat di antara tiga beradik itu.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...