August 2016 ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 25 August 2016

Kreatif: Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca

Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca


Ia nya merupakan satu realiti dimana bila kita membeli buku, jarang kita membacanya dan akhirnya ia akan diliputi dengan habuk. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah syarikat penerbit buku dari Argentina, Eterna Cadencia telah bekerjasama dengan sebuah agensi iklan yang dinamakan DRAFTFCB Buenos Aires untuk merangka satu cara bagi menggalakkan pembaca membaca buku.

Dengan ini, timbul idea untuk menggunakan dakwat khas yang boleh hilang selepas 2 bulan. Kehadiran cahaya dan udara dikatakan menjadi faktor untuk dakwat ini hilang. Dalam tempoh masa 2 bulan, keseluruhan dakwat akan hilang dan buku akan menjadi umpama kertas kosong. Apa yang menghairankan, idea yang dikemukakan ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan mula memberi kesan kepada pembaca untuk mula membaca buku pada saat ia dibeli.

Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca

Video:





Share:

Serius: Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover


Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara.

Ahli arkeologi, Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun.

"Apa yang membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh Time of India.

Gambar erotik tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Nawarla Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut mempunyai lukisan gua zaman purba. Satu-satunya jalan masuk ke kawasan tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar pedalaman Katherine.

Lukisan tersebut kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna merah dan putih sahaja. Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang sedang bersetubuh.

Selain itu, gambar erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut.

Kali pertama ahli arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia sejarah lukisan berkenaan.

"Kami baru sahaja menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000 tahun di sini," ujar Barker lagi.

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui, porn artifact, archeology found old porn, 28 thousand years porn discover


P/s: orang purba pon layan porno.huhu


sumber


Share:

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara



1. The Mega Teriyaki Burger.

    - Asal: Jepun
5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara


Pada dasarnya, ia adalah burger biasa Big Mac yang telah diletakkan sos teriyaki yang manis dan gelap berserta mayonis. Ia merupakan satu-satu nya produk burger yang datang bersama menu sampingan seperti kentang goreng dan nugget.


2. The McCurry Pan.

    - Asal: India

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

The McCurry Pan merupakan produk asli dan direka khusus untuk pasaran India. Ia terdiri daripada kotak roti rangup (kotak yang diperbuat daripada roti) yang dipenuhi dengan sos cendawan berkrim, brokoli dan lada loceng (terdapat juga dalam versi ayam). Ia juga sebenarnya terdiri daripada sayur-sayuran sebenar yang dibawa daripada Amerika Syarikat kecuali bawang dan salad.


3. McLaks

   - Asal: Norway

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Pada tahun 1997, McDonalds telah memperkenalkan burger salmon di Norway berikutan beberapa kejayaan produk tersebut yang laris dijual. Berlainan daripada burger salmon yang biasa, McLaks direka untuk menjadi lebih serantau, sihat dan lebih rendah lemak di mana mereka menganggarkan majoriti penduduk Norway akan berkunjung ke McDonalds untuk mendapatkan makanan yang sihat.


4. Gallo Pinto

   - Asal: Costa Rica

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Gallo Pinto merupakan makanan ruji penduduk Costa Rica yang boleh didapati di semua cawangan restoran McDonalds di sana. Makanan tersebut sangat ringkas, kerana pada asas nya ia hanya terdiri daripada nasi goreng dan kacang dan dimakan terutamanya pada waktu pagi. Dalam versi McDonalds, makanan turut dihidangkan bersama telur hancur dan krim masam.


5. McWedding.

    - Asal: Hong Kong

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Jangan pelik kerana restoran McDonalds di Hong Kong menawarkan satu majlis perkahwinan. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu; restoran McDonalds di Asia mempunyai imej pemasaran yang lebih baik daripada di Barat dan majlis perkahwinan di Hong Kong mempunyai kos yang tinggi. Majlis perkahwinan yang ditawarkan oleh McDonalds akan mengambil tempat di salah satu restoran cawangan mereka di sana sambil pasangan pengantin dan para tetamu dihidangkan dengan burger, kentang goreng dan shake.


P/s: nice !!ada kepelbagaian ikut citarasa dn permintaan setiap negara.haha


Share:

(Video) Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah

Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah


Restoran yang diberi nama Ne Quittez Pas itu biasanya menyajikan pelbagai jenis menu makanan laut ala Perancis, namun semenjak 8 tahun terakhir ini, para pengunjung mula dihidangkan dengan beberapa jenis menu yang diperbuat daripada bahan yang lain daripada kebiasaannya, iaitu tanah.

Beberapa contoh menu yang boleh dicuba diantaranya adalah "sup tanah yang disajikan dengan truffle bertanah", "sorbet tanah", dan menu yang menjadi kegemaran restoran tersebut iaitu, "kejutan tanah", yang terdiri daripada bola kentang diselimuti tanah yang didalamnya berisi truffle.

Tukang masak dan pemilik restoran itu, Toshio Tanabe, mempunyai alasan khusus mengapa beliau menyajikan menu-menu tersebut iaitu "Manusia tidak menciptakan lautan, udara atau tanah. Semuanya adalah sebahagian dari alam, dan semuanya hidup dalam pengertiannya masing-masing," kata Tanabe secara puitis.

Sebelum menjadi bahan yang boleh dimakan, tanah yang digunakan akan dimasak sedikit terlebih dahulu dan diletakkan ke dalam sebuah penapis agar pasir-pasirnya hilang.

Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah

Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah

Restoran Di Jepun Yang Menjual Makanan Dari Tanah

VIDEO





Share:

Cool: Saintis Jepun Cipta Air Bersifat Elastik

Saintis Jepun Cipta Air Bersifat Elastik


Menurut Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST), saintis Jepun telah pun mencipta sejenis bahan yang dikenali sebagai "air elastik". Seperti yang dilaporkan di siaran berita Japan's National TV (NHK), sekumpulan saintis Jepun daripada Universiti Tokyo itu telah mencipta sejenis bahan yang mengandungi 95% air.

Bahan tersebut dihasilkan dengan mencampurkan 2 grams tanah liat dan sejumlah kecil bahan organik ke dalam air biasa, dan dikatakan bahan yang kelihatan seperti gel ini mampu digunakan di dalam dunia perubatan bagi tempoh yang sangat lama terutamanya dalam proses penyambungan semula tisu kulit manusia.

Sekiranya para saintis berjaya menambahkan ketumpatan bahan tersebut, ia mungkin dapat dikembangkan penggunaannya bagi menghasilkan bahan plastik yang bersih dari segi ekologi.

Laporan mengenai hasil penyelidikan ini pernah diterbitkan di dalam majalah saintifik British, "Nature" dalam keluaran nya yang terkini.



Share:

5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas

5 Kebaikan Memakan Makanan Pedas


1. Menurunkan berat badan 
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung 
Menyehatkan jantung.Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3. Mencegah Kanser
 Mencegah kanser.Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.


4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah.Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress.Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.



Share:

Mutiara terbesar di dunia seberat 34kg ditemui di Filipina

Mutiara terbesar di dunia seberat 34kg ditemui di Filipina


MANILA: Pihak berkuasa Filipina percaya mutiara seberat 34 kilogram (kg) yang ditemui dalam kerang oleh nelayan tempatan adalah yang terbesar di dunia.

Pegawainya di Palawan, Aileen Amurao, berkata mutiara itu ditemui 10 tahun lalu oleh seorang nelayan yang tidak menyedari nilainya dan menyimpannya sebagai azimat.

"Kami amat kagum ketika beliau menunjukkan mutiara itu kepada kami. Kami sedang menunggu pengesahan ahli gemologi," katanya kepada media tempatan, hari ini.

Mutiara berukuran 61 sentimeter (sm) lebar dan 30 sm panjang, jika disahkan, dengan mudah akan mengatasi pemegang rekod, Mutiara Lao Tzu, seberat 6.4 kg. - AGENSI

mutiara terbesar di dunia


sumber


Share:

Ferrite Core Inilah Yang Selalu Menyebabkan Telefon Menerima Gangguan

Ferrite Core Inilah Yang Selalu Menyebabkan Telefon Menerima Gangguan


Pasti ada yang perasan benda bulat berwarna hitam di hujung kepala charger. Pernah tak diantara anda terfikir apa sebenarnya fungsi benda hitam terbabit.



Benda bulat hitam sebenarnya bernama ferrite bead / ferrite core yang berfungsi untuk mengumpul Electromagnetic Interference (EMI). EMI merupakan gelombang yang melintas di dalam kabel ketika disambungkan dengan tenaga elektrik.

EMI inilah yang menyebabkan gambar di komputer atau televisyen menjadi tidak stabil jika ia diletakkan berdekatan dengan telefon bimbit yang sedang menerima panggilan berdekatan monitor.


sumber


Share:

Inilah Fungsi Sebenar 2 Garisan Antara Kamera dan Lampu Flash iPhone

Inilah Fungsi Sebenar 2 Garisan Antara Kamera dan Lampu Flash iPhone


Di zaman yang penuh canggih ini, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sesuatu yang asing. Kebanyakkan orang tidak boleh jauh dengan telefon bimbit mereka bukan.

Walaupun begitu, adakah anda yakin sudah cukup tahu semua kegunaan telefon bimbit anda?

Jika anda pengguna Smartphone keluaran Apple, cuba anda perhatikan di sekitar lubang kamera, flash dan mikrofon ada terdapat dua garis.

Menurut Scoopwhoop garisan ini bukan sekadar design sahaja tetapi mempunyai fungsi yang teramat penting. Garisan tersebut sebenarnya menyembunyikan antena di dalamnya untuk menghubungkan gelombang signal. 


sunber


Share:

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui


Pakaian dalam wanita yang menyerupai bra tersebut telah ditemui di sebuah istana Zaman Pertengahan di Austria dan disahkan berusia hampir 600 tahun.

Pakar-pakar fesyen mengatakan penemuan tersebut amat mengejutkan kerana sebilangan wanita hanya mula memakai bra 100 tahun apabila era pemakaian corset ketat ditinggalkan.

Berkerja bersama ahli pasukannya, Beatrix Nutz, seorang ahli arkeologi dari Universiti Innsbruck baru-baru ini telah menyiarkan penemuan pakaian dalam tersebut termasuk beberapa pasang bra dan seluar dalam dari Zaman Pertengahan.

"Kami sendiri pun hampir tidak mempercayainya." ujar beliau. "Daripada apa yang diketahui, tidak ada perkara seperti pakaian dalam tersebut pada abad ke-15." Nutz telah membentangkan kertas kerja akedemik mengenai penemuannya itu dan pakaian itu juga telah dihantar untuk DNA.

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui


Sejumlah 4 bra telah ditemui bercampur aduk dengan kotoran, jerami, kulit dan sisa kain lain di Lemberg Castle di Tyrol, Austria. Bra tersebut yang diperbuat daripada linen itu hampir menyerupai bra dan pakaian dalam wanita versi zaman moden dengan 2 tali di bahagian bahu dan cawan penutup payudara.

Satu spesimen khususnya "kelihatan sama seperti bra zaman moden," kata Hillary Davidson, kurator fesyen di Muzium London. "Ini adalah penemuan yang menakjubkan,"

Para penyelidik juga menemui beberapa seluar dalam di dalam istana tersebut, kata Nutz kepada AP. Dikatakan seluar dalam tersebut merupakan pakaian dalam milik lelaki. Adakah ini bermakna Zaman Pertengahan adalah lebih liberal daripada zaman obsesi corset ketat pada abad ke-18 dan ke-19?

Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui



Share:

(8 Gambar) Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England


Taman Alnwick merupakan sebuah kompleks taman formal yang terletak bersebelahan dengan Istana Alnwick di bandar Alnwick, Northumberland, England. Taman ini telah diilhamkan daripada taman-taman botanikal legenda di Padua oleh seorang wanita bangsawan Inggeris bagi mendedikasikan sepenuhnya kepada flora yang membawa maut dan/atau narkotik ini.

Disebalik pintu hitam yang besar tersebut mengandungi kira-kira 100 jenis tumbuhan pembunuh legenda seperti Atropa Beladonna (deadly nightshade), Strychnos nux-vomica (strychnine), dan Conium maculatum (hemlock).


Di sekeliling taman tersebut juga mempunyai panduan bagi menerangkan sifat-sifat beracun tumbuhan terutamanya bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu dari tumbuh-tumbuhan tersebut dan memberi amaran kepada mereka: "Jangan sentuh dan bau mana-mana tumbuhan. Ia boleh membunuh anda." 


Tumbuh-tumbuhan ini ditanam di taman tersebut buat pertama kalinya pada tahun 1750 oleh Duke yang pertama dan telah melalui beberapa proses pengubahan sepanjang Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1950, taman ini pernah ditutup, namun ia telah dibuka semula menjadi sebuah taman yang serba baru dan moden.


Disebabkan bahaya racun yang ditimbulkan oleh tumbuh-tumbuhan di sini amat nyata (ada yang boleh membunuh melalui sentuhan), sesetengah daripada tumbuhan ini disangkar, dan ada yang dijaga dengan sekuriti 24 jam sehari. Bahagian-bahagian lain yang terdapat di taman tersebut adalah sebuah rumah pokok dan pengunjung juga berpeluang untuk melihat sebahagian Istana Alnwick yang pernah menjadi sekolah sihir Hogwarts di dalam filem pertama Harry Potter.

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England



Share:

Seorang Individu Ditahan Ketika Cuba Seludup Fetus Bersalut Emas

Seorang Individu Ditahan Ketika Cuba Seludup Fetus Bersalut Emas

Seorang rakyat British telah ditahan di Bangkok selepas didapati bersalah kerana membawa beg yang mempunyai enam fetus manusia yang telahpun disaluti dengan emas.


Hok Kuen Chow, seorang rakyat Taiwan tetapi dilahirkan di British ini telah dikatakan cuba untuk menyeludup fetus emas tersebut pulang ke negara asalnya. Fetus tersebut telah dikeringkan da kemudian disalut dengan emas. ianya dijual dengan harga RM 15, 000 bagi setiap satu fetus. Dikatakan fetus ini boleh digunakan untuk tujuan ilmu hitam.

Seorang Individu Ditahan Ketika Cuba Seludup Fetus Bersalut Emas

Seorang Individu Ditahan Ketika Cuba Seludup Fetus Bersalut Emas

Seorang Individu Ditahan Ketika Cuba Seludup Fetus Bersalut Emas



Share:

(8 Gambar) Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia


Mari lihat beberapa gambar daripada restoran McDonald's yang paling besar di dunia. Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London.


Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift.

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia

Inilah Restoran McDonald's Terbesar Di Dunia



Share:

5 Gambar : Basikal tanpa pedal

Basikal tanpa pedal


Basikal yang diilhamkan oleh Jeff Tiedeken ini diberi nama sebagai "Gravity Bike" kerana ia tidak memerlukan sebarang pedal, rantai dan gear sepeti kebanyakkan basikal normal yang lain. Selain itu, basikal ini juga mempunyai reka bentuk yang menarik.


Ia mempunyai bingkai seolah-olah seperti bonggol di tengah-tengah badan basikal berbanding bingkai bar lurus yang sering anda lihat. Pemegang dan kerusi penunggang juga telah disisipkan bersama rangka basikal bagi membolehkan penunggang berasa selesa ketika mencangkung pada kelajuan tinggi.


Basikal ini telah menjalani ujian kelajuan di mana ia mampu memecut sehingga 50 mph dan berpotensi untuk mencapai kelajuan tertinggi iaitu 70 mph. Seperti kebanyakkan jentera yang berkelajuan tinggi (motorsikal atau kereta), basikal ini menggunakan brek cakera hidraulik (hydraulic disc brakes) untuk menghentikannya.


Walaubagaimana pun, disebabkan ia tidak mempunyai pedal seperti kebanyakkan basikal lain, ia hanya praktikal digunakan semasa menuruni jalan berbukit.

Basikal tanpa pedal

Basikal tanpa pedal

Basikal tanpa pedal

Basikal tanpa pedal


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...