Fruit Ninja Dalam Dunia Nyata (Video) ~ Bila Han Bercerita

Monday, 13 August 2012

Fruit Ninja Dalam Dunia Nyata (Video)

Fruit Ninja Dalam Dunia Nyata


Ye Tongxin, mampu memotong buah dan sayur dengan menggunakan daun terup plastik ala-ala hero Fruit Ninja. Dia berbuat demikian untuk berusaha bagi mencatatkan rekod baru Guinnes selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya.

Menurut sumber, Tongxin, 48, sudah menjalani latihan itu sejak 10 tahun lalu dan beliau dikatakan berlatih selama dua jam setiap malam bagi memantapkan kemahirannya dalam membaling kad sepantas sebuah kereta api laju.

Tongxin berkata, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam.

Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat. Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia.





Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...