Koleksi Petua Lelaki Untuk Menguatkan Tenaga Batin ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 25 August 2012

Koleksi Petua Lelaki Untuk Menguatkan Tenaga Batin

artikel dibuat hanya untuk tujuan informasi bersama

koleksi petua kuat tenaga batin, kuat syahwat

Hello semua..pelbagai tips yang hann dah kongsikan tentang seksual.terutama berkaitan lelaki..banyak yang korang boleh dapat..cuma tengok di label kategori yang disediakan..tapi hari ni aku nak tambah lagi antara koleksi2 zaman dulu untuk menguatkan tenaga batin.wohoo.Yosh.mari kita ikuti antara koleksi ini


Pilihan 1: Sediakan seulas halia sebesar ibu jari, 3 sudu madu lebah asli, 1 gram lada hitam, 1 gram lada putih, 1gram kismis kuning, 1 biji telur ayam kampung (ambil kuningnya sahaja).

Pilihan 2: Tumbuk halia, lada hitam dan lada putih sehingga lumat dan masukkan ke dalam satu bekas bersih. Campurkan bahan-bahan ini dengan ramuan lain sehingga sebati. Amalkan makan jamu ini 2 kali sehari, pagi dan petang, selama 21 hari berturut-turut.

Pilihan 3: Makan 7 ekor bubuk jawa hidup-hidup sekali diwakti pagi dan sekali diwaktu petang selama 7 hari berturut-turut. ( Nota: Ada catatan yang menyatakan bahawa amalan ini membahayakan )

Pilihan 4: Ambil 7 ulas cekur atau kencur, 1 ulas bawang putih, 1 gram lada hitam dan 1 sudu minyak sapi tulin. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk sehingga lumat. Begitu juga dengan bawang putih dan lada hitam. Campurkan kesemua ramuan dan gaulkan sehingga sebati. Amalkan memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut. Semasa mahu memakannya ambil seulas cekur yang lain dan kunyah hingga lumat. Lumurkan kunyahan cekur itu ke seluruh bahagian zakar sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Urutan dari bahagian pangkal dan membawa ke bahagian kepala zakar dengan lembut.

Pilihan 5: Ambil madu lebah asli 4 sudu teh, sebiji kuning telur ayam kampung dan lada hitam 5 biji. Makan ubat ini diwaktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

Pilihan 6: Sembelih seekor itik nila jantan yang tua, keluarkan semua isi perut itik, bersihkan dan masukkan semula kecuali usus itik. Ambil 4 biji keledek merah yang elok dan panjang, bersihkan tanpa membuang kulitnya. Ambil ramuan rempah yang sesuai.
Kukus itik itu bersama-sama ramuan tadi. Kukusan itu mampu untuk menghasilkan segelas kecil air pati. Ambil air pati itu dan minum ketika ia suam-suam kuku.

Pilihan 7: Tumbuk 3 batang kayu manis lebih kurang 2 inci panjangnyatiap satunya hingga lumat, campurkan serbuk itu dengan sebiji kuning telur ayam kampung. Kacau hingga sebati. Minum ramuan setiap pagi dan petang selama 7 hari berturut-turut. Untuk hari seterusnya, minum pada masa 1 jam sebelum jima'. Selain dari meminum ramuan itu, ambil sedikit campuran ramuan dan sapukan pada seluruh bahagian batang zakar sehingga rata. Lakukan 2 hingga 5 minit sebelum jima'.

Pilihan 8: Ambil seekor burung merpati biasa, 3 ulas bawang putih dan merah, 6 inci petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup. Giling kesemua bahan itu sehingga mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

Pilihan 9: Ambil 1 otak kambing yang dikeringkan, 1 inci halia, kunyit dan lengkuas dan 3 ulas bawang putih. Rebus kesemua bahan itu sehingga mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

Pilihan 10: Akar Tunjang Bumi, Kayu Pedu Beruang, Akar Serai Kayu, Kayu Manis, Kayu Lawan, Akar Tongkat dan Janggut Ali, Akar Buluh Duri dan Akar Bunga Cempaka. Semua ramuan itu dicampurkan. Setiap kali penggunaan, masukkan segenggam ramuan yang dicampurkan dengan 3 gelas air. Didihkan sehingga tinggal 1/3 bahagian air sahaja. Minum air tersebut.

Pilihan 11: Pasir timbul (pasir yang timbul dipermukaan air sewaktu air sungai pasang), kayu hidup ( sebarang kayu atau akar yang yang bergerak akibat laluan air yang mudah didapati di kawasan jeram atau hulu sungai), air pasang (air sungai yang sedang pasang). Semua bahan ini direbus bersama dengan 3 gelas air dan didihkan sehingga tinggal 1/3 bahagian air sahaja untuk diminum.

Pilihan 12: 400 gram gula batu, 200 gram lada putih, 100 gram serbuk halia dan satu sudu makan minyak sapi tulin. Kesemua gula batu dan lada putih ditumbuk hingga lumat seperti tepung. Setelah diayak, gaulkan kesemua ramuan ini, panaskan di atas api yang agak sederhana panasnya sambil mengacau sehingga sebati. Kacau sehingga ianya lekit seperti dodol. Makan sekadar sebesar ibu jari sekurang-kurangnya ½ jam sebelum jima'. Lebihnya disimpan dan jangan biarkan dimasuki angin. Untuk keberkesanan yang lebih baik, makan majun ini setiap pagi sebelum sarapan.

Pilihan 13: Tiga ulas halia sebesar ibu jari setiap satu, 27 biji lada hitam, 27 biji lada putih, 1 sudu teh minyak sapi tulin dan sebiji telur ayam kampung bahagian kuningnya sahaja. Tumbuk kesemua lada hitam, lada putih dan halia sehingga lumat. Sebaiknya halia itu diparut, diperah dan diambil airnya sahaja. Gaul semua ramuan di dalam bekas yang bersih hingga sebati. Minum ramuan ini sekurang-kurangnya 1 jam sebelum jima'. Ambil sedikit dari ramuan, sapu pada zakar 2 hingga 5 minit sebelum jima'. Ramuan itu jangan diminum ketika lapar atau perut kosong. Semasa menyapu pada ramuan pada zakar, jangan menyapu terlalu banyak, memadai sedikit sahaja.

Pilihan 14: Sebiji telur ayam, 1 sudu minyak sapi dan 7 biji buah kurma iaitu bijinya yang telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan dan makan setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Paling baik makan sebelum berakhirnya waktu subuh. Boleh juga memakannya ½ jam sebelum jima'.

Pilihan 15: Campurkan 3 ulas halia yang telah diparut bersama segelas susu kibas/ kambing mentah dan sedikit kismis. Gaul semua bahandam minum setiap pagi selama 10 hari berturut-turut. Selepas tempoh itu tamat, boleh diamal menurut kesempatan dan boleh diminum sebelum jima'.

Pilihan 16: Dua sudu teh minyak sapi tulin, 2 sudu teh pati samtan, 2 sudu teh madu lebah dan sebiji kuning telur ayam kampung. Campurkan semua ramuan dan kacau hingga sebati. Amalkan meminum sehingga 14 hari berturut-turut. Untuk hari-hari selepas itu, malkan memakannya ½ jam sebelum jima'.

Pilihan 17: Sekiranya pemburu mendapat sang kancil atau pelanduk, maka ambil ekornya, goreng kering dan makan.

Pilihan 18: Amalkan makan sup ekor lembu atau sup kambing dicampurkan dengan hati kambing jantan.

Pilihan 19: Minum madu lebah asli bercampur kuning telur 2 atau 3 kali seminggu.

Pilihan 20: Makan hempedu beruang yang telah dikeringkan tanpa dimasak.

Pilihan 21: Makan kemenyan sebesar jari kelingking dengan sedikit gula seminggu sekali.

Pilihan 22: Minum air yang direndam dengan zakar buaya yang telah dikeringkan sebelum jima'. Rendam zakar buaya itu satu jam sebelum meminumnya. Bila sudah digunakan, maka keringkan semula bagi kegunaan akan datang.

sumber diambil dari ensiklopedia petua lama

P/s : ni diantara koleksi2 nya..tapi lagi mudah boleh semak entri2 lama yang han penah buat..antaranya senaman kegel,makan buah2..jangan melan weh.senam selalu..jogging tu powerful..bukan baik untung jantung dengan otot je.semua fungsi2 bertambah baik.semoga bermanfaat. :)

Share:

1 comment:

  1. Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama... Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana cara membesarkan zakar dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan anda bolehlah KLik Sini

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...