Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 May 2016

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih
Siasatan polis mendapati satu sindiket di Gombak menjual dadah berperisa anggur, dengan label jenama minuman popular, dengan RM350 sebotol


Jika dua tahun lalu remaja seawal usia 14 tahun pernah dicatakan sebagai penagih paling muda, tahun lalu pula kanak-kanak berusia tujuh tahun dikenal pasti mula mengambil dadah.

Lebih membimbangkan, menurut menteri dalam negeri, kanak-kanak termasuk yang dibangku sekolah dipancing menghisap dadah melalui bentuk gula-gula.

“Pengedar dikesan memberi gula-gula mengandungi dadah kepada murid bertujuan mewujudkan ketagihan,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti dilapor Harian Metro hari ini.

“Ini bermakna mereka (pengedar) cuba mewujudkan situasi 'edar dulu, permintaan kemudian' yang mewujudkan penagih baru.”

Tambahnya, kajian juga mendapati 73 peratus daripada lebih 280,000 penagih dikesan berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Manakala 26,660 individu, termasuk kanak-kanak berusia 7 tahun itu, dicatatkan sebagai penagih baru.

sumber

P/s: harap ibu bapa diluar sana memantau dan sentiasa ingatkan anak2 kecil mereka.mcm2 cara orang nak buat jenayah kat luar


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...