July 2012 ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 28 July 2012

GILA : Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik, Disamun, Diraba

Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik, Disamun, Diraba


KUALA LUMPUR – Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.

Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.

Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.

“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.

“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.

Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.

Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.

Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.

“Sebaik dimaklumkan pihak bank kad kredit saya digunakan di pusat beli-belah itu, saya bergegas ke sana dan menemui pihak pengurusan pusat beli-belah bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti wajah mereka,” katanya.

“Dalam rakaman itu jelas keempat-empat mereka memasuki beberapa kedai dengan bersahaja dan berlagak seperti orang kaya membeli-belah,” katanya.

Menurutnya, apabila beberapa transaksi pembelian mereka gagal, keempat-empat suspek melarikan diri. dan tidak sempat dikejar pemilik kedai.

Susulan itu, Yati membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.




sumber harian metro

P/s :bulan2 puasa pon la haish.kalau korang nak buat apa kalau dapat tangkap mamat ni.gila betul.huhu
Share:

GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar


RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar


SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473).

Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa.

Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam ketuhar yang sangat jarang digunakan di rumahnya. Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan ketuhar berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.

Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.

“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar. – AP

P/s :Pergh,apa pon takboleh lol

Share:

Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b


Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b


NEW YORK - Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya merosot AS$7.2 bilion (RM22 bilion) sejak penyenaraian awam awal (IPO) dua bulan lalu, ekoran penurunan harga saham sejak kelmarin.

Usahawan muda itu dilaporkan bernilai AS$19.1 bilion (RM59.2 bilion) berdasarkan pada harga tawaran IPO AS$38 sesaham pada Mei lalu.

Beliau menjual 30 juta saham pada hari penyeneraian untuk menjana tunai dan membayar cukai.

Zuckerberg masih memegang 503 juta saham ketika IPO dirumuskan.

Laporan CNN menyebut bahawa setakat tengah hari semalam, pegangan pengasas Facebook itu bernilai AS$11.98 bilion (RM37.2 bilion).

Pun begitu, meskipun hanya memiliki pegangan bernilai RM37.2 bilion, Zuckerberg masih berada dalam kategori 72 orang paling kaya di dunia, demikian menurut pemantauan Forbes.

Sejak disenaraikan dua bulan lalu, Facebook mengalami kemerosotan nilai saham tetapi ia menjunam semenjak dua hari.

Syarikat itu mengeluarkan laporan pemerolehan pertama sejak IPO, kelmarin.

Bagaimanapun para pelabur dilaporkan kecewa dengan laporan itu, sekali gus harga sahamnya merosot ke paras paling rendah setakat ini.

Pada Mei lalu, sahamnya dipasarkan di paras AS$22.28 sesaham berbanding AS$38 sesaham dua bulan lalu - penurunan sebanyak 41 peratus.

sumber

Share:

Friday, 27 July 2012

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi- sumber

Share:

Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol

Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol


KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjemput abang iparnya masuk ke dalam rumah.

Sebaik mangsa dan suspek berada di dalam rumah, mangsa mula berasa tidak sedap hati kerana mendakwa lelaki itu kerap merenungnya.

Bagi melepaskan perasaanya, mangsa meminta diri naik ke tingkat atas rumah dengan alasan untuk mengemas bilik.

Bagaimanapun, tanpa disangka suspek yang sudah beristeri mengekori mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut.

Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaiannya dan turut membogelkan adik iparnya sebelum melakukan oral seks terhadapn mangsa dan cuba merogol wanita itu.

Malangnya, semasa cuba merogol mangsa, alat kelamin suspek tidak berfungsi sebelum diganggu dengan bunyi deringan telefon rumah mangsa.

Suspek tersentak dengan deringan telefon itu menyebabkan mangsa mengambil kesempatan menendang suspek sebelum lari menyelamatkan diri.

Suspek kemudian terus meninggalkan rumah mangsa dan sehingga kini tidak pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu polis sedang memburu lelaki itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul. – Kosmo

P/s : Takde pasal cari pasal.bulan ramdhan.sekali tak hidup..sudahhh.balasan la buat peringatan..dunia2~

Share:

PERGH : Blog Oh Bulan Disaman RM1juta


Blog Oh Bulan Disaman RM1juta


Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.

Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. – Bernama
Share:

COOL : Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk!

Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk!


Seorang pelukis yang dikenali sebagai Yuli Prasetiawan mempunyai kemahiran melakar lukisan dengan menggunakan puntung rokok dan ubat nyamuk. Jom lihat hasil lukisan tersebut.

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa puntung rokok juga boleh dijadikan sebagai seni lukisan. Cuba lihat lukisan di bawah ini. Ia dilukis menggunakan puntung rokok dan hujung ubat nyamuk yang masih berbara. Karya pelukis terkenal dari Megelang, Jawa Tengah Indonesia ini, Yuli Prasetiawan biasanya memerlukan 17 bungkus kotak rokok dan 19 bungkus ubat nyamuk serta memerlukan waktu kira-kira 3 bulan untuk menyiapkan satu-satu lukisan. Mari kita lihat antara gambar2 yang telah dihasilkan

Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk!

Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk!

cool,dia sangat berbakat.lol

sumber

Share:

Wednesday, 25 July 2012

COOL : Cara Untuk Banduan Kurangkan Hukuman Di Brazil


Cara Untuk Banduan Kurangkan Hukuman Di Brazil


Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman tahanan di sana hanya dengan menyuruh mereka mengayuh sebuah basikal pegun. Selain mengalakkan kesihatan tubuh badan tahanan, kuasa elektrik yang dijana daripada basikal pegun akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.

Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.

Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan 20 hari dari hukumannya.

Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap, tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas semula.

mari kita ikuti video dibawah




Share:

Tuesday, 24 July 2012

Patutkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin ??

Patutkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin

Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?
Share:

COOL : Tutorial buat gambar di Facebook

Tutorial buat gambar di Facebook

Hello,hann rasa ramai yang dah tau benda neh.tapi saje nak share,haha..tutorial buat gambar kat facebook chat.giler kentang.macam gambar2 kat atas tu,tapi sebelum ni ada previous entry hann penah buat,sape yang belum baca,boleh baca di SINI.aha,ni dia tutorial nak buat gambar2 menarik camtu..tapi ingat lol.jangan buat kat facebook status.kat chatbox je.here we go.Yosh~

copy n paste nombor2 neh kt chatbox fb :D


1.Anonymous

[[255006724575192]] [[255006727908525]] [[255006737908524]] [[255006734575191]] [[255006731241858]]
[[255006827908515]] [[255006831241848]] [[255006824575182]] [[255006817908516]] [[255006821241849]]
[[255006874575177]] [[255006871241844]] [[255006884575176]] [[255006877908510]] [[255006881241843]]
[[255006934575171]] [[255006931241838]] [[255006941241837]] [[255006944575170]] [[255006937908504]]
[[255007004575164]] [[255007001241831]] [[255006994575165]] [[255006997908498]] [[255006991241832]]
[[255007084575156]] [[255007101241821]] [[255007077908490]] [[255007091241822]] [[255007081241823]]


2. Jack Sparrow

[[298356520217565]] [[298356516884232]] [[298356506884233]] [[298356510217566]]
[[298356513550899]] [[298356620217555]] [[298356606884223]] [[298356616884222]]
[[298356610217556]] [[298356613550889]] [[298356673550883]] [[298356676884216]]
[[298356666884217]] [[298356680217549]] [[298356670217550]] [[298356740217543]]
[[298356733550877]] [[298356743550876]] [[298356730217544]] [[298356736884210]]
[[298356823550868]] [[298356810217536]] [[298356820217535]] [[298356826884201]]
[[298356813550869]] [[298356906884193]] [[298356896884194]] [[298356900217527]]
[[298356903550860]] [[298356893550861]] [[298356950217522]] [[298356946884189]]


3. Superman

[[299528860107644]] [[299528863440977]] [[299528866774310]] [[299528856774311]]
[[299528870107643]] [[299528950107635]] [[299528943440969]] [[299528946774302]]
[[299528953440968]] [[299528956774301]] [[299529013440962]] [[299529016774295]]
[[299529010107629]] [[299529003440963]] [[299529006774296]] [[299529060107624]]
[[299529063440957]] [[299529066774290]] [[299529070107623]] [[299529073440956]]
[[299529173440946]] [[299529183440945]] [[299529180107612]] [[299529176774279]]
[[299529186774278]] [[299529243440939]] [[299529236774273]] [[299529240107606]]


4. Elmo

[[302117289844540]] [[302117283177874]] [[302117276511208]] [[302117279844541]] [[302117286511207]] [[302117366511199]]
[[302117369844532]] [[302117373177865]] [[302117383177864]] [[302117379844531]] [[302117426511193]] [[302117436511192]]
[[302117429844526]] [[302117423177860]] [[302117433177859]] [[302117523177850]] [[302117529844516]] [[302117526511183]]
[[302117536511182]] [[302117533177849]] [[302117606511175]] [[302117596511176]] [[302117599844509]] [[302117593177843]]
[[302117603177842]] [[302117646511171]] [[302117649844504]] [[302117659844503]] [[302117656511170]] [[302117653177837]]
[[302117706511165]] [[302117703177832]] [[302117699844499]] [[302117709844498]] [[302117696511166]] [[302117749844494]]


5. Troll Face

[[242538225822042]] [[242538222488709]] [[242538232488708]] [[242538219155376]] [[242538229155375]] [[242538339155364]]
[[242538335822031]] [[242538342488697]] [[242538345822030]] [[242538349155363]] [[242538392488692]] [[242538395822025]]
[[242538399155358]] [[242538402488691]] [[242538405822024]] [[242538475822017]] [[242538472488684]] [[242538489155349]]
[[242538492488682]] [[242538485822016]] [[242538562488675]] [[242538565822008]] [[242538569155341]] [[242538575822007]]
[[242538572488674]] [[242538612488670]] [[242538625822002]] [[242538619155336]] [[242538622488669]] [[242538615822003]]
[[242538675821997]] [[242538682488663]] [[242538672488664]] [[242538679155330]] [[242538685821996]] [[242538742488657]]


6. Mr. Bean

[[255016264574238]] [[255016271240904]] [[255016277907570]]
[[255016267907571]] [[255016274574237]] [[255016384574226]]
[[255016387907559]] [[255016394574225]] [[255016401240891]]
[[255016391240892]] [[255016464574218]] [[255016454574219]]
[[255016457907552]] [[255016461240885]] [[255016451240886]]
[[255016537907544]] [[255016531240878]] [[255016534574211]]
[[255016541240877]] [[255016527907545]] [[255016634574201]]

sumber : facebook

Share:

COOL : Gambar Motorsikal Harley Davidson pada tahun 1910-1938

Gambar Motorsikal Harley Davidson pada tahun 1910-1938

Seperti yang kita tahu,Harley Davidson bukanlah satu nama yang asing bagi peminat2 motor.Motorsikal yang berkuasa tinggi,mahal dan mendapat tempat buat para peminat.Motor ini sudah berusia lebih dari 100 tahun.mari kita ikuti gambar2 berikut


Gambar Motorsikal Harley Davidson pada tahun 1910-1938




sumber google

Share:

Sunday, 22 July 2012

Kehilangan CEO Google Jadi Tanda Tanya


Kehilangan CEO Google Jadi Tanda Tanya


Amerika Syarikat – Kehilangan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menjadi tanda tanya selepas kelibat beliau gagal dikesan ketika syarikat tersebut mengadakan sidang video, minggu lalu, sekali gus dilihat bakal memberikan kesan kepada syarikat gergasi internet itu.

Page, sebelum ini mengalami masalah kesihatan dan tidak menghadiri majlis awam sejak bulan lepas.

Situasi ini menyebabkan pemegang saham Google tertanya-tanya adakah ketidak hadiran beliau pada perjumpaan yang diadakan sebelum ini menunjukkan beliau sedang sakit.

Selain sidang video itu, Page juga dilaporkan tidak hadir pada mesyuarat pemegang saham bulan lepas serta persidangan pemaju tahunan Google, tiga minggu lalu.

Menurut sumber, Page sebenarnya tidak mengalami masalah kesihatan yang serius, hanya masalah kotak suaranya yang kini kronik.

Justeru beliau diminta supaya tidak bercakap sehingga sembuh sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Google, Nikesh Arora dalam kenyataannya bagi menangkis sebarang persepsi buruk media memaklumkan, Page telah dinasihatkan berehat selepas didapati kehilangan suara.

Keadaan ini menghalangnya daripada terlibat dengan aktiviti yang memerlukannya bercakap.

“Namun beliau masih di sini dan menguruskan syarikat serta terlibat dalam membuat keputusan,’’ katanya.

Kali terakhir Page dilihat di khalayak ramai ialah pada satu sidang media di ibu pejabat Google di New York pada 21 Mei lalu.

sumber

Share:

Pelik : Untuk Mengubati Penyakit Asma, Orang Di India Menelan Ikan Hidup-Hidup




Ribuan pesakit kelihatan berada di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para pesakit tersebut siap menelan hidup-hidup ikan tuna yang sudah dilumuri dengan ramuan ubat rahsia.

Beribu-ribu orang berjalan menuju Hyderabad setiap bulan Jun untuk melakukan rawatan yang ditawarkan oleh keluarga Goud secara percuma betul-betul di hari yang dipilih oleh para ahli perbintangan.

Keluarga Goud mendakwa bahawa mereka mendapatkan ramuan rahsia tersebut dari orang Suci Hindu sekira 170 tahun yang lalu. Mereka menolak permintaan doktor yang meminta ramuan tersebut, dengan alasan bahawa orang suci tersebut memberi amaran bahawa keajaiban ramuan tersebut boleh hilang jika diperjualbelikan.

Seperti dipetik Straits Times, setelah para pesakit menelan ikan tersebut, mereka diwajibkan untuk diet selama 45 hari.

Mereka dilarang memakan 25 jenis makanan, seperti daging kambing, gula putih, mangga kering dan bayam. Mereka juga tidak dibenarkan makan makanan yang digoreng dan menjalankan rawatan selama dua tahun.


Share:

6 Makna Mesej Error Dalam Internet


Selalunya ketika kita sedang asyik browsing dan berinternet akan muncul mesej error yang tidak kita kehendaki. Sebenarnya hal tersebut masih di kategorikan wajar kerana ia di pengaruhi oleh beberapa faktor. Anda harus tahu apa penyebab dan makna mesej error tersebut. Berikut merupakan faktor-faktor
dan makna mesej error ketika kita mengakses Internet.

6 Makna Mesej Error Dalam Internet


500 - Internal Server Error

Mesej error di atas diertikan sebagai adanya masalah atau kesalahan dalam server internal laman sehingga anda tidak boleh mengakses laman web yang berkenaan, selama administrator laman belum memperbaiki mesej kesalaahan tersebut.


404 - Not Found

Anda beberapa hal yang menyebabkan munculnya mesej kesalahan di atas:

* Data di database sebelumnya sudah ada, namun sudah dibuang atau dihilangkan dari database server.

* Terjadi gangguan akses internet atau down

* Jika akses internet tetap gagal, maka kemungkinan laman tersebut memang tidak ada

* Ralat penulisan alamat URL


400 - Bad Request

Mesej ralat tersebut dialami oleh server yang tidak boleh memahami arahan dari client. Penyebabnya pada umumnya berupa kesalahan script coding di server, sehingga hanya administrator server-lah yang boleh mengatasinya.


403 - Forbidden
Mesej kesilapan tersebut mempunyai dua alasan:

* Menunjukkan bahawa halaman laman web ini tidak adapat diakses kerana telah diatur demikian dalam servernya.

* Owner atau pemilik laman belum membayar sewa hosting ke syarikat pemilik server, sehingga terjadi sekatan dari pihak syarikat server.


408 - Request Timeout

Mesej ini memiliki alasan bahawa timer atau waktu untuk mengakses laman telah habis. Hal tersebut disebabkan oleh kelajuan akses Internet yang cukup lambat, dan pelayan biasanya mempunyai Pemasa atau batas waktu tertentu dalam pengaksesan data dalam databasenya.


401 - Unauthorized

Mesej kesalahan tersebut ertinya user tidak mempunyai kuasa atau kebenaran untuk mengakses laman web tersebut. Biasanya laman diberi keselamatan username dan password, sehingga anda harus mengerti username dan password laman web tersebut.

sumber

Share:

Pakej gaji CEO baru Yahoo AS$70 juta


Marissa Mayer


NEW YORK: Pakej ganjaran Ketua Eksekutif (CEO) baru Yahoo, Marissa Mayer boleh mencecah lebih daripada AS$70 juta (RM220.44 juta) merangkumi gaji, bonus, saham terhad dan saham opsyen dalam lima tahun, demikian mengikut pemfailan undang-undang oleh syarikat itu.

Pakej ganjaran kepada Mayer itu dipecahkan kepada gaji tahunan sebanyak AS$1 juta, bonus tahunan (AS$2 juta), saham opsyen dan beberapa anugerah lain AS$42 juta serta AS$14 juta dalam bentuk saham terhad bagi menandingi tawaran yang diberikan Google Inc. Sebagai jurutera perempuan Google yang pertama dan juga pekerja paling awal, nilai bersih Mayer dianggarkan sehingga AS$300 juta.
Pelantikan Mayer sebagai CEO Yahoo yang diambil daripada Google awal minggu ini memeranjatkan penganalisis, pelabur dan beberapa kakitangan.

Mayer, 37, menggantikan pemangku CEO, Ross Levinsohn untuk menjadi CEO Yahoo ketiga dalam tempoh setahun.

Pemerhati industri percaya pemilihan Mayer berbanding Levinsohn adalah petunjuk bahawa Yahoo kemungkinan mahu kembali menumpukan fokus kepada teknologi dan produk web daripada menguatkan kandungan dalam talian.

Pelantikannya juga menandakan tahun yang bercelaru di Yahoo. Pada Mei lalu, Scott Thompson meletak jawatan sebagai CEO selepas kurang dari enam bulan menduduki kerusi itu ketika kontroversi mengenai kelayakan akademiknya.
Thompson menggantikan Carol Bartz yang dipecat September lalu selepas gagal menaikkan semula Yahoo.

Jumlah ganjaran pelantikan Thompson adalah bernilai AS$27 juta. Beliau tidak mendapat ganti rugi tetapi masih dapat memiliki pampasan meninggalkan Paypal sebanyak AS$7 juta. Bartz pula mendapat ganti rugi lebih daripada AS$10 juta apabila dipecat tahun lalu.

Mayer yang digelar sebagai ‘geek’ memiliki ijazah sarjana dalam sains komputer dari Universiti Stanford dan diiktiraf kerana membawa masuk lebih ramai wanita dalam dunia teknologi.

Mayer melaporkan diri sebagai CEO pada hari pertama Selasa lalu, iaitu hari yang sama Yahoo mengumumkan laporan kewangan yang lemah dengan pendapatan bersih tidak berubah dan sedikit penurunan dalam keuntungan bagi sukuan kedua.

Beliau bagaimanapun tidak terbabit dalam pengumuman laporan kewangan itu walaupun sudah menjadi sebahagian daripadanya.

Malah, Levinsohn juga tidak hadir pada pengumuman itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Yahoo, Tim Morse.

Mayer sudah pun memahatkan dirinya sebagai antara peneraju wanita di Lembah Silikon dan dilihat seperti selebriti sama ada di dalam atau di luar pejabat.
Beliau dikenali dengan minatnya terhadap fesyen dan sering tampil dalam halaman pertubuhan kerana menganjurkan parti, yang diadakan sama ada di salun peribadi di rumah mewah empat musim di San Francisco atau di rumah kediaman di Lembah Silikon di Googleplex.

Pada 2009, beliau mengahwini pelabur hartanah, Zachary Bogue dan Mayer mengumumkan menerusi Twitter yang beliau dan suaminya menanti anak lelaki pertama, Oktober ini. - Reuters
Share:

Saturday, 21 July 2012

Awal Tahun 2013 pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ??Apakah kesannya pada generasi akan datang ?

Awal Tahun 2013 pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ??

Salam semua dan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia.okay,berkenaan dengan topik "2013 Pelajar bawak phone",Ni pendapat peribadi Han,dan diharap pihak yang membaca entri ini tidak mengaitkan komen dan pendapat aku dari sudut politik

Okay,lets get started,2013 zaman maju.tapi patut ke bawak phone untuk ke sekolah?? emergency ? ckgu kan ada phone,public phone kan merata2 ada..kenapa perlunya telefon bimbit untuk pelajar sekolah?? yang duduk asrama tu boleh la diterima lol..teringat zaman aku sekolah dulu pape hal,public phone je.takde masalah pon.

contoh"cikgu marah,kita rakam"

memang banyak pro dan kontra ..tapi cuba kita fikir ek.terus terang aku cakap, masa aku sekolah dulu...ramai giler bawak phone senyap2 weh.time tu cover2 time cikgu tengah mengajar diorang bluetooth video lucah..budak2 pompuan duk belakang sekali dalam kelas berkumpul tengok blue..ada benda sikit nak rakam.tu zaman aku belajar dulu weh.beberapa tahun lepas.sekarang kalau GREEN LIGHT..eermm.what can i say?fikir la sendiri.confirm mesti ramai yang rakam budak pompuan kat tandas.download,transfer blue sewenang2nya..apakah kesannya pada generasi akan datang?

Andai kata,cikgu nasihatkan para pelajar untuk tidak menggunakan phone sewaktu dalam kelas,,nak ke pelajar kita dengar?ehem3.gua dapat guna phone masa bebas pon masa kat IPT je weh

so kesimpulannya diharap kerajaan mengkaji semula apakah malamat sebenar yang diperlukan pelajar sehingga membenarkan pembawaan telefon bimbit..

P/s :Diharap komen2 yang bakal dilontarkan tiada unsur2 politik,makian,hasutan..gua cuma cite melalui pengalaman.dan salah seorang dari keluarga gua juga seorang pengajar.ianya hanya pendapat yang bukan semua homosapiens dapat menerimanya.zass~ gunakan mata hati untuk menilai :)
Share:

Friday, 20 July 2012

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

selamat menyambut ramadhan al mubarak


Salam semua,kepada sesiapa yang baca entri neh yang beragama islam..tadi dah pengumuman yang sabtu ini 21/7/2012 dah mula berpuasa,jadi Hann nak ucapkan selamat berpuasa,jangan lupa puasa penuh.ngehheehe.terawih tu penting.paling best..kita dapat tingkatkan amalan kita.jadi disini han sertakan sekali jadual berbuka puasa dan juga waktu imsyak dari seluruh Malaysia..boleh la baca di pautan >INI<.Lepas download tu boleh la print dan lekat kat dinding atau mana2 yang senang dilihat..

Kat bawah neh jadual bagi yang duduk area lembah kelang,sebab han duk area selangor.ngehehe


selamat menyambut ramadhan al mubarak
KLIK UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS


Okay,tu je untuk malam neh,selamat berpuasa.LOL.jangan singgah kedai makan ek bagi yang muslim.:)
Share:

Wednesday, 18 July 2012

Bahaya Penyakit LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)


Bahaya Penyakit LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)


Salam sume,okay sebelum ni hann penah buat satu entri mengenai kematian seorang individu yang berpunca daripada air minuman tin yang tidak dibasuh dan terkena kencing tikus,bagi sesiapa yang belum membaca entri tersebut boleh baca di SINI.Okay,apa itu kencing tikus ?macam mana kita nak tahu tanda2nya..okay.mari kita ikuti penerangan dibawah

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. 

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain. 

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?
Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti. 

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.



Share:

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz


Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

SUMBER

Share:

Sunday, 15 July 2012

Terowong Guoliang China Yang Bahaya!!

Terowong Guoliang China Yang Bahaya!!


Terowong Guoliang melalui sebuah gunung di China. Terowong ini terletak di Pergunungan Taihang yang terletak di Wilayah Henan China.Jalan Terowong Guoliang telah dibina Pada tahun 1972, sekumpulan 13 penduduk tempatan yang diketuai oleh Shen Mingxin memutuskan untuk mengukir jalan di sisi gunung dan siap dalam tempoh hanya lima tahun. Terdapat kehilangan nyawa penduduk dalam kemalangan semasa pembinaan terowong ini. Pada 1 Mei 1977 terowong itu dibuka kepada lalu lintas. Terowong yang diukir di sisi gunung ini 1.200 meter (panjang) , 5 meter (tinggi) dan 4 meter (lebar). Terowong ini juga salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia









P/s :Fuhh.giler kentang!! nak jalan pon lutut terketar rasanya.haha.kalau naik kete dengan dua hala bertentangan tak tau la.huhu

Share:

Saturday, 14 July 2012

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam


1) Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan daging ayam (80 %) dan susu (75 %).

2) Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan utama beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 % berat telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki pori-pori halus yang membolehkan oksigen masuk dan karbon dioksida serta lembapan keluar.

3) Putih telur mengandungi protein yang disebut albumen dan niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium, potasium, sodium dan sulfur. Putih telur juga terdiri daripada 57 % dari protein telur.

4) Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak dedak yang dimakan oleh ayam betina, makin teranglah warna kuning telurnya. 

5) Warna telur juga penting dalam menentukan usia telur dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindarkan daripada makan telur yang berwarna putih kemerah-merahan atau yang sudah berubah ke warna lain. 

6) Kadang-kadang akan ada sedikit darah dalam telur. Darah ini berasal daripada pembuluh darah di bahagian kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap boleh dimakan. 

7) Ketika ditetaskan, suhu telur berada sekitar 40.5 darjah Celcius. Sekiranya suhu semakin dingin, cairan di dalamnya akan mengendap dan membentuk sel udara antara dua lapisan telur. 

8) Seekor ayam betina mampu bertelur 250-270 telur setiap tahun nya.

9) Sebahagian besar rakyat Amerika lebih suka kepada telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia pula, telur ayam kebanyakannya berwarna coklat. 

10) Jika dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih hamis dan kulitnya memiliki pori yang lebih besar sehingga lebih sesuai untuk dijadikan telur masin.

P/s :mari amalkan makan telur ayam.ngehehe
Share:

Bahaya Tidur Ketika Lampu Masih Menyala

Bahaya Tidur Ketika Lampu Masih Menyala


Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun.”

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Satu persidangan berkaitan tentang anak-anak yang menderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

sumber : facebook

P/s :fuh..ni betul2 kena take note neh
Share:

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini dikongsikan untuk renungan kita bersama.

1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. CABUL

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertu.

3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.

4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami d pejabat pula duk nampak y aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi bila kat rumah tak mekap pun.

5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit duk telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat dan tak mengira waktu.

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai ketika menjaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak duk lepak depan tv lagi.

7C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi hingga ke peringkat PhD pun, belum tentu tinggi akhlaknya.Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai. Ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.
Share:

50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu

50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu

50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat, saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU, SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN. SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .

.23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri-sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tiada duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNGJAWAB .

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal, saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, InsyaAllah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA. PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA, TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI-SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA INI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

misteriousgraphersz
Share:

COOL : Lamborghini Galladro Dengan Rak Ski Yang Ohsem

Lamborghini Galladro Dengan Rak Ski Yang Ohsem

Kereta Lamborghini yang diubahsuai ini dimiliki oleh Jon Olsson,yang juga merupakan seorang atlit sukan ski terkenal di dunia.Jon Olsson menggunakan Lamborghini beliau yang diubahsuai untuk dibawa bersama semasa menaiki bukit dan kawasan salji





sumber
Share:

Thursday, 12 July 2012

Hobi Simpan Koleksi Video Lucah Bawa Padah






KUALA TERENGGANU : Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai 2008.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit.

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya.

Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah.

P/s :Rosak akidah.huhu.tapi yang pelik menari tiang rm 25 je.yang ni simpan video lucah kena RM1500.pokok pangkalnya adalah pemimpin kena cari inisiatif supaya rakyat lebih kepada islam.just sayin~
Share:

Wang Kertas Baru Digunakan Isnin Ini ?? Sedikit ciri2 tentang wang kertas baru


Wang Kertas Baru


Seperti yang kita tahu,wang kertas baru sudah pon dicetak dan gambar post wang kertas baru telah tersebar di internet dan dimerata2 tempat.namun kita masih tertanya2 bila wang kertas baru ini akan digunakan,dan antara info yang dapat disedut dari forblogger mengatakan bahawa wang tersbut bakal di gunakan isnin ini.masih menjadi tanda tanya.Sebelum itu mari kita ikuti serba sedikit ciri2 wang kertas baru.

Wang kertas baru itu dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

Teknologi baru ini termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara. Bank Negara berkata mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan not berlainan.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam not RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Bank Negara menggalakkan semua syarikat berkaitan untuk mempercepatkan adaptasi mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai. Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah.

forblogger
Share:

Gila : Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib


Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib
Gambar Hiasan

MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.

Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.

“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

sumber

P/s :Astaghfirullah,moga dijauhkan,nauzubillah..buat maksiat pastu taknak ngaku kantoi dengan anak.aduh.dunia..
Share:

Utusan malaysia dan tv3 disaman rm100juta


Utusan malaysia dan tv3 disaman rm100juta


Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
 
Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.
 
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
 
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
 
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
 
Beliau berkata keesokannya pada 31  Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
 
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
 
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.
 
Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

- Bernama
Share:

Wednesday, 11 July 2012

Pembantu rumah dari indonesia menjadi jutawan dengan sekelip mata!!

Pembantu rumah dari indonesia menjadi jutawan dengan sekelip mata!!


Arab Saudi – Seorang wanita warga Indonesia yang pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah, kini menjadi juwatan selepas mewarisi harta daripada bekas majikannya berjumlah $5.45 juta.

Tuahnya datang menggolek selepas majikannya itu bertukar menjadi suaminya, lapor akhbar Okaz.

Dia datang ke Arab Saudi hampir sedekad lalu untuk bekerja dengan seorang taikun di bandar Taif.

Namun selepas dua tahun berkerja, majikannya jatuh cinta dengannya dan mereka berkahwin.

Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun selepas suaminya meninggal dunia.

“Selepas meninggal dunia, taikun itu meninggalkan harta,’ lapor akhbar berkenaan.

Antara harta peninggalan suaminya ialah tanah dan bangunan apartmen di Taif.

Sebaik sahaja suaminya meninggal dunia, wanita itu tidak meninggalkan Arab Saudi kerana ingin mendapatkan harta peninggalan berkenaan.

Bagaimanapun bukan mudah untuk wanita itu mendapat harta tersebut kerana berlaku perebutan dengan anggota keluarga suaminya itu sehingga kes itu terpaksa dibawa ke mahkamah.

Dan selepas 8 tahun kes itu dibicarakan, akhirnya Hakim Sheikh Abdurrahman al-Dakhil memutuskan dia berhak mewarisi harta peninggalan suaminya.

Keseluruhan harta suaminya bernilai $80 juta dan ada sebahagiannya telah dijual.

P/s :giler kentang!!rezeki dia la.huhu

sumber

Share:

Tutorial menggunakan google search dengan betul

Tutorial menggunakan google search dengan betul


Tidak ramai yang tahu bagaimana menggunakan enjin carian google dengan betul,sebab tu kadang2 bila kita search sesuatu benda yang tak related pon banyak sangat keluar,jadi disini antara tips yang kita boleh gunakan.PHD in Googling!! :)
Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...