Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba! ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 18 May 2017

Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba!

Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze


Aplikasi Waze menjadi rujukan utama buat pengguna tempatan mengetahui arah perjalanan menuju ke destinasi pilihan, selain mengetahui manakah jalan paling pantas atau paling menjimatkan untuk dilalui.

Waze sebelum ini menawarkan pilihan suara selebriti popular buat pengguna menggunakan peta mereka, dan kini mereka melangkah setapak lagi dengan menawarkan pengguna merekod suara mereka sendiri sebagai navigasi semasa memandu.

Buat masa ini ianya hanya ditawarkan buat pengguna peranti Android sahaja, dan kami yakin tidak lama lagi pengguna iphone juga akan menerima kemaskini terbaru ini.


Proses untuknya adalah sangat mudah. Pengguna dipaparkan dengan 39 frasa berbeza dengan had masa untuk setiap satunya – dan anda boleh memilih serta merakamkan suara anda untuk setiap arahan berkenaan.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan daripada penggunaan suara sendiri ini adalah ia tidak membacakan kepada anda nama jalan yang spesifik.

gunakan suara sendiri untuk waze


Bagi anda yang berminat, anda boleh mengemaskini aplikasi Waze untuk Android anda hari ini. Seterusnya ke halaman tetapan, dan memilih “Sound & Voice”, seterusnya “Voice Recorder”.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...