Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000: Kapal Pemusnah Generasi Terbaru Tentera Laut AS ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 10 May 2017

Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000: Kapal Pemusnah Generasi Terbaru Tentera Laut AS


Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000

Tentera Laut AS kini memiliki aset terbaru dalam armada mereka iaitu kapal pemusnah USS Zumwalt yang siap pada Sabtu lalu. Kapal bernilai US$7 bilion ini akan menjadi tuan rumah kepada keupayaannya yang luar biasa dan tidak dilihat oleh mana-mana kapal lain dalam armada sebelum ini.

Dibina oleh General Dynamics, kapal kelas Zumwalt DDG 1000 ini bakal menjadi generasi skuad pemusnah terbesar dalam Tentera Laut AS, bagi menggantikan kapal-kapal lama kelas Spruance yang telah dihentikan perkhidmatannya. Kapal pemusnah ini dilengkapi dengan teknologi untuk mengesan dan memusnah kapal selam, memusnahkan medan periuk api dan memusnahkan pertahanan pantai dengan peluru berpandu altitud rendah yang tidak dapat dikesan radar, meriam, dan senjata elektromagnetik (rail gun) yang kini dalam peringkat ujian.

"Perkhidmatan USS Zumwalt pada masa hadapan akan mewakili bermulanya zaman perkhdimatan untuk nama besar ini," kata Setiausaha Tentera Laut, Ray Mabus dalam satu kenyataan. Nama kapal ini diambil bersempena nama Laksamana Elmo R. "Bud" Zumwalt, Ketua Operasi Ke-19 Tentera Laut. DDG 1000 dijangka akan mampu membentuk peperangan laut ke darat pada masa hadapan.

Kapal pemusnah ini turut "membawa teknologi yang akan memberi manfaat pada Tentera Laut untuk tahun-tahun yang akan datang, terutama sekali sistem Total Ship Computing Environment - satu rangkaian tunggal dan selamat di mana ia mampu mengawal segala-galanya dari sistem radar kepada persenjataan," kata seorang jurucakap bagi Raytheon dalam e-mailnya.

Walaupun kapal ini mempunyai sistem misi yang sama seperti kebanyakkan kapal lain, apa yang menjadikannya unik ialah ia mempunyai sejenis alat kawalan dan komunikasi tersusun dan selamat yang membolehkan kapten kapal untuk mengawal semua sistem daripada mana-mana sahaja di dalam kapal.

Bagi anda yang nak tahu dengan lebih lanjut, boleh singgah kat sini

Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000

Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000

Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000

Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...