Tak Pandai Drive, Naik Uber Saja Buat Apa Nak Malu - Chef Wan ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 May 2017

Tak Pandai Drive, Naik Uber Saja Buat Apa Nak Malu - Chef Wan

chefwan naik uber

Bagi sesetengah selebriti mereka sering dilihat bukan sahaja mengenakan busana atau persalinan mahal, malah barangan berjenama dan termasuklah kenderaan mewah.

Namun, bagi chef selebriti, Chef Wan beliau tidak malu mengakui yang tidak pandai memandu malah lebih senang menaiki Uber sahaja.

Melalui cerita di laman Instagram miliknya, Chef Wan yang sememangnya rajin berkongsi tentang diri, kerjaya dan keluarga berkata dia tidak peduli dengan pandangan orang lain yang melihatnya hanya menaiki Uber.

chef wan tak pandai memandu, chef wan memilih uber, chef wan naik uber, chef wan MELETOP,

"Sangat mudah menggunakan Uber sekarang ini, tak payah deal dengan pelbagai perangai personal driver, parking dan maintenance kereta kita!"

"Dalam masa sama, kita membantu mengurangkan kenderaan di jalan raya. Asal tiba ke destinasi selamat, Alhamdulillah."


"Seumur hidup saya tak pernah belajar memandu kereta sendiri pun. Terkejut kan? Sejujurnya saya tak kisah dengan status saya, sama ada membuatkan orang lain rasa kecewa melihat saya menaiki Uber. Bukan mereka yang bayar bil saya pun kan," jelasnya.

Bagi para pengikut chef ini dan juga netizen, mereka berasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Chef Wan.

uber, grab chefwan

"Satu perkongsian yang sangat memberi inspirasi, praktikal, benar dan melegakan dari Dato."

"Salute Dato, yang sangat merendah diri."

Sikap sederhana Chef Wan ini seharusnya menjadi teladan dan inspirasi buat semua, bukan sahaja selebriti di luar sana, malah orang kebanyakan biasa pun.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...