Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 6 May 2017

Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning

Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning, gigi kuning, petua gigi putih

Mempunyai gigi yang sihat adalah impian setiap orang. Kalu gigi sakit, maka mood kita untuk melakukan apa-apa aktiviti berkurangan. Tidak kurang juga yang mahu gigi putih kerana kelihatan lebih cantik. Disini ada beberapa tips untuk mengelakkan gigi menjadi kuning.


  1. Elakkan meminum kopi dan jus anggur merah secara kerap. Biasanya kedua-dua minuman ini meninggalkan kesan warnanya secara kekal di gigi kita.
  2. Makan banyak sayur kerana sayur boleh membersihkan gigi secara semulajadi.
  3. Tukar berus gigi anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  4. Minum jus atau makan buah strawberi kerana buah ini mengandungi zat yang memutihkan gigi kerana buah tersebut mengandungi kadar vitamin C yang tinggi.
  5. Berus gigi sekurang-kurangnya sekali dalam 12 jam.
  6. Menggosokkan kulit buah limau pada gigi juga dapat memutihkan gigi anda. Lakukan dengan teratur agar hasilnya dapat bertahan lama.
  7. Hindari merokok. Merokok adalah cara tercepat untuk mengubah warna gigi menjadi kuning.
  8. Manfaatkan benang gigi (flos gigi) untuk membersihkan celah gigi anda.
  9. Gunakan ubat gigi yang mempunyai formula yang diiktiraf untuk memutihkan gigi.
  10. Dapatkan nasihat doktor gigi dan pemeriksaan berkala.


Gigi putih tidak semestinya sihat tetapi dapat mengurangkan risiko penyakit gigi. Jadi, jagalah gigi anda dengan baik.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...