China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam ~ Bila Han Bercerita

Monday, 1 May 2017

China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam

China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam

Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang mana-mana bayi diletakkan dengan nama Islam, kononnya untuk mematahkan kumpulan ekstremis.

The New York Times melaporkan, dokumen bertajuk ‘Peraturan Nama bagi Etnik Minoriti’ melarang nama digunakan orang Islam seluruh dunia, termasuk Imam, Hajj, Islam, Quran, Saddam dan Medina.

Memetik laporan Kumpulan pemantau yang berpendapat tindakan itu mengehadkan hak-hak asasi manusia berkata, peraturan berkenaan dilaksanakan di wilayah Xinjiang di mana Parti Komunis China mengenakan peraturan ketat terhadap Islam, kononnya untuk menyekat gerakan ekstremis, selain pejuang Uyghur.

China haramkan nama islam

Mana-mana bayi yang memiliki nama ‘agama keterlaluan’ akan dihalang daripada didaftarkan dalam sistem pendaftaran isi rumah yang mengawal akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, kata seorang pegawai polis Urumqi kepada RFA.

“Anda tidak dibenar memberi nama yang mempunyai rasa agama yang kuat, seperti Jihad. Perkara yang paling penting di sini adalah konotasi nama seperti perang suci atau pemisahan,” katanya.

Senarai nama yang diharamkan itu sebelum ini diperincikan di wilayah Hotan pada 2015, tetapi kini dilaksanakan di seluruh Xinjiang, yang dihuni kira-kira 10 juta umat Islam.


sumber




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...