January 2012 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 31 January 2012

MENARIK !! TERJEMAHAN DAN HIKMAH AYAT KURSI

TERJEMAHAN DAN HIKMAH AYAT KURSI, manfaat ayat kursi, kelebihan ayatul kursi


TERJEMAHAN DAN HIKMAH AYAT KURSI ( surah Al-Baqarah ayat 255)

"Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta 'khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa 'u 'indahu illaa biidznih, ya 'lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min'ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi'a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal'aliyuul 'azhiim"

TERJEMAHAN:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

*[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.

HIKMAH:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan
berada dlm lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut
dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan
ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg
benar, pahala nabi2 serta Allah
melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya -
mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat
Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya.

Selamat Beramal!

Share:

MISTERI SEGITIGA BERMUDA

MISTERI SEGITIGA BERMUDA



Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.

Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat 'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.

Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.

Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.

Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.

Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.

Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri.

Share:

GEMPAK!! NINJA TURTLE IN REAL LIFE!!

NINJA TURTLE IN REAL LIFE

COOL BUKAN ? Santai di malam hari sebelum tido,hehe
Share:

HEBAT !! Penyanyi Asal DORAEMON

Selalu Kita Dengar Lagunya.. Kali Nie Kita Lihat Penyanyinya.... Lagu Persembahan Pentas Doraemon Yang Mencetuskan Fenomena Filem Aminasi Antarabangsa...





Fenomena Yang Melanda Malaysia.. Masa tu zaman kanak2 lagi... sapa yg tak kenal Giant, Sinyu, Sizuka, Doraemon dan tentunya watak penting NOBITA.... Tengoklah puluh kali pun, takkan rasa jemu kerana mereka menghiburkan kita sejak kecik lagi... Agak-agak dah bercucu dah bebudak Doraemon and the gang nie kan? hahahaha....
Share:

Isi Buah Durian Berwarna Merah

Isi Buah Durian Berwarna Merah

Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga?

Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc.

Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada.

Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihatgambar buah durian berisi merah. Jom!

-Melayukini.net


Share:

Nelayan Dapat RM16,000 Hasil Jual Ikan Kerapu GERGASI


Nelayan Dapat RM16,000 Hasil Jual Ikan Kerapu GERGASI

IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.
Share:

Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun


Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun

DUNGUN – Derita seorang pemuda yang terpaksa menahan sakit ekoran disengat ikan pari di punggungnya sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Daerah Dungun petang kelmarin.
Che Mohd. Nurul Che Anuar, 23, yang ditemui di Kampung Sura Gate di sini tidak menyangka sengat pari itu dapat dikeluarkan setelah pelbagai ikhtiar untuk mengeluarkannya sebelum ini gagal.
Katanya, dia disengat pari kira-kira lapan tahun lalu ketika duduk di Pantai Teluk Lipat di sini semasa melihat bapa saudaranya pulang daripada menangkap ikan.
Sejak itu, dia yang bekerja kampung terpaksa hidup dengan sengat pari di dalam badannya dan sakit pada saraf setiap kali melakukan kerja.
Share:

Model Satria Neo Baru – Proton Artiga CUN GILA



Model Satria Neo Baru – Proton Artiga

Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai
tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.


Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabilaberjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama diMonte Carlo. http://melayukini.net/
Share:

Kisah Hidup Kim DotCom, Pengasas Megaupload

This summary is not available. Please click here to view the post.
Share:

Monday, 30 January 2012

Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir



Sihir merupakan perbuatan jin dan syaitan, juga daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain yang kebanyakannya disebabkan oleh perasaan hasad dengki, cemburu, iri hati dan yang sewaktu dengannya. Golongan ini akan berjumpa dengan tukang sihir atau biasa dikenali sebagai bomoh/pawang yang mana mereka akan menggunakan khidmat jin/syaitan sebagai pengantara. Biasanya khidmat jin/syaitan ini adalah bersyarat sebelum 'mereka' melakukan 'tugas mereka'. Contoh: Jin/syaitan akan mengarahkan tukang sihir kencing pada Al-Quran sebelum 'mereka' mahu menjalankan 'tugas'.



http://www.clivebarker.info/matermotley.jpg

Berikut merupakan antara cara-cara untuk mengenali seorang tukang sihir yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Ustazah Fatma El-Zahraa.





Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir

1.Tukang sihir akan meminta beberapa barangan seperti gambar, songkok, kain pelikat/batik, asam limau, telur dan juga tarikh lahir anda.

2.Mereka akan meminta binatang 'pelik' seperti ayam hitam, kambing putih dan sbgainya

3.Mereka membaca Al-Quran in a funny way, sangat laju dan tidak jelas. Sebenarnya mereka sedang mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan memasukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca.

4.Penampilan fizikal mereka yang kotor, kuku kotor dengan pakaian yang berbau busuk. Tidak langsung menggambarkan seseorang yang mengamalkan ajaran Islam.
Share:

GEMPAK!! RESTORAN TERTINGGI DI DUNIA

Share:

Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?


Megaupload

Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah dihalang aksesnya di Malaysia sejak daripada tahun lepas, telah dipadam terus dari arena internet, dan melalui laporan terkini, ia diperkatakan fail-fail yang terdapat pada laman tersebut akan dipadam terus dalam beberapa hari lagi.

Walaupun MegaUpload diperkatakan mengedarkan fail-fail berhak-cipta, dan menjejaskan industri muzik dan perfileman, perkhidmatan tersebut juga turut sama digunakan ramai dalam urusan harian mereka, untuk berkongsi fail-fail pejabat bersama yang lain, disamping membolehkan para pengguna menghantar fail-fail besar kepada rakan mereka yang lain.

Namun, amat mendukacitakan, selepas ianya dipadam tanpa sebarang notis daripada pihak berkuasa, kini ia diperkatakan fail-fail yang dihoskan akan dipadam dalam beberapa hari lagi. Perkara ini adalah oleh kerana MegaUpload tidak mampu untuk membayar bil untuk pelayan yang mengehoskan fail-fail tersebut, oleh kerana akaun mereka telah dibekukan.

Memandangkan MegaUpload merupakan salah satu penyedia perkongsian fail yang terbesar didunia, maka bilangan server yang disewa mungkin berkuantiti besar, yang memakan kos yang tinggi. Perkara ini mungkin tidak menyedapkan hati penyedia apabila MegaUpload tidak mampu bayar, apatah lagi masa depannya masih tidak menentu lagi.

Jadi adakah ianya akan dipadam secara keseluruhan dalam masa beberapa hari lagi, sekaligus memadam kebanyakkan data-data milik penggunanya? Adakah pihak berkuasa di Amerika Syarikat akan bertanggungjawab atas perkara ini?


sumber
Share:

GEMPAR!! Bayi Ajaib Dilahirkan Tanpa Darah




MAIDSTONE – Kuasa Allah.

Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.

Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.

Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.

Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.

Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.

Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.

Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.

Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

-Mynewshub.my-
Share:

Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi


Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi

Pembuat telefon bimbit terbesar dunia, Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun ini (April), menurut laporan yang disiarkan di sebuah laman web.

Memetik sumber di Foxconn, yang mengeluarkan iPhone untuk Apple, laman web (9to5mac.com) berkata: “Kami menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai di Foxconn di China yakni iPhone 5, seperti yang ia dipanggil pada masa ini, kini sedia untuk pengeluaran. Sumber tersebut menyatakan yang pelbagai alat sampel juga berada di pasaran (ia berbeza sedikit antara satu sama lain), maka mustahil untuk mengetahui yang mana satu adalah muktamad,”.

Menurut laporan itu, Apple iPhone 5 mungkin mempunyai skrin paparan 4 inci dan akan mempunyai bentuk faktor lain (reka bentuk) daripada model sebelumnya (iPhone 4S, 3GS dan lain-lain). Gadget akan datang itu adalah lebih panjang dan lebar, laporan itu menambah.

Walaupun dengan peningkatan Android, Apple tetap berjaya berkembang. Malah, menurut satu kajian, Apple telah berjaya mengembangkan penguasaan pasaran dengan ketara pada tahun lepas untuk menjadi pembuat telefon bimbit terbesar dunia. Pengeluaran iPhone 5 dijangka akan memberikan peningkatan selanjutnya pada penjualan syarikat berkenaan.

Apple iPhone 4S telah dilancarkan di India pada November 2011, sebulan selepas dikeluarkan di Amerika Syarikat. Jadi, jika syarikat itu mengeluarkan iPhone 5 pada bulan April, kita boleh menjangka ia mungkin akan ke India pada bulan Jun.


sumber
Share:

4 Sebab Wanita Menggemari Lelaki Yang Lebih Berusia




Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia bukan? Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?

(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.

(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali mereka.

(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.

(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.

sumber
Share:

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa


info pasangan baru kahwin, tips kahwin muda

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.



5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.


8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Artikel iluvislam.com
Share:

Sunday, 29 January 2012

Cara – Cara Nak Troll?



sesiapa yang nak troll kawan2,meh aku ada step2nya.sila la ikut step by step



Hai,lama duk belek.hahaha.jangan marah.gurauan semata2.hehe :)
Share:

Dua kedai buku di Kota Bharu disiasat kerana tunaikan Baucar Buku 1 Malaysia




SHAH ALAM - Dua kedai buku di Kota Bharu dikenal pasti terbabit dalam aktiviti menawarkan ‘perkhidmatan’ menukar baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM200, yang diberikan kepada penuntut institusi pengajian tinggi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal menunjukkan kedai buku terbabit bertindak menawarkan penukaran baucar itu dalam bentuk wang tunai kepada pelajar di sekitar daerah tersebut.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dibuka mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyeleweng harta dengan curang.

“Selain itu, kegiatan sama turut dilakukan oleh sepasang suami isteri di sebuah universiti di utara tanah air, manakala aktiviti mengiklankan penjualan baucar BB1M itu menerusi internet pula dikesan berlaku di dua lagi unversiti tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Majalah Auto Maskulin sempena Karnival Buku Karangkraf 2012 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua penuntut termasuk pihak yang bersubahat diingatkan agar tidak menjalankan kegiatan haram itu kerana jika didapati bersalah, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Penerima baucar serta pihak yang terbabit perlu ingat baucar yang diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar. Jangan ambil kesempatan dan menyalahgunakan kemudahan yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini polis menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar BR1M untuk mendapatkan wang tunai, ekoran terdapat beberapa laporan berhubung tindakan segelintir penuntut menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah.
sumber
Share:

Elaun RELA Naik RM2 Sejam




SERDANG: Berita baik bagi kira-kira 2.8 juta anggota dan pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di seluruh negara, apabila kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas mereka sebanyak RM2 sejam.

Kenaikan itu membolehkan anggota RELA menerima elaun RM6 sejam berbanding RM4 sekarang, manakala Ketua Platun menerima RM7.80 berbanding RM5.80 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang membuat pengumuman itu berkata kenaikan berkenaan membuktikan kerajaan prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta sentiasa mendengar permintaan mereka.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan permohonan RELA untuk kenaikan elaun itu boleh diluluskan segera,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Perdana RELA sempena sambutan ulang tahun ke-40 ikatan itu yang dihadiri 30,000 anggota dari seluruh negara di sini, semalam.

Terdahulu, Najib berkata RELA bakal menjadi sebuah organisasi lebih tersusun, berintegriti dan berwajah 1Malaysia selepas melalui proses transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, bagi tujuan itu, satu akta baru sedang digubal dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, tahun ini.

“Akta baru akan memperluaskan peranan dan fungsi RELA, sekali gus menghapuskan tanggapan orang ramai anggota RELA hanya sebagai pembantu dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.
“Anggota RELA akan membantu menjayakan program transformasi yang dicadangkan kerajaan dan bersama-sama mempertahankan agenda negara kerana ancaman baru boleh timbul, termasuk secara halus yang boleh menggugat kepentingan negara.

“Jika ada ancaman jenayah atau masalah berkaitan perpaduan, RELA ada di situ bersama pasukan (keselamatan) lain. RELA perlu lebih dekat dengan rakyat dan bukan sekadar di majlis tertentu saja,” katanya.

Najib menggesa anggota RELA supaya terus berada di belakang kerajaan untuk mempertahankan keamanan negara dan tidak membiarkan pihak lain mencalar imej negara.

“Kita mahu keamanan terus terpelihara. Jangan sesekali menimbulkan huru hara kerana tiga juta anggota RELA tidak rela negara berada dalam keadaan kucar kacir,” katanya.

sumber
Share:

Friday, 27 January 2012

Ada Pertandingan Melancap Atau Beronani Paling Lama Di Dunia

Ada Pertandingan Melancap Atau Beronani Paling Lama Di Dunia

satu pertandingan yang dinamakan “Masturbate-a-thon” yang disertai peserta lelaki dan wanita yang beronani secara terbuka di khalayak umum! Ia diadakan di Amerika Syarikat dan Denmark sejak lebih 10 tahun lalu dengan alasan untuk mengumpul dana bagi aktiviti seks yang sihat. “The Masturbate-a-thon” ialah satu acara tahunan yang ditaja oleh Center For Sex and Culture di San Francisco, di mana acara tersebut diadakan di satu tempat yang dinamakan “masturbatorium”.

Dan pemenang rekod sehingga kini ialah lelaki Jepun bernama Masanobu Sato. Masanobu yang melakukan onani selama hampir 10 jam di 9th Annual Masturbate-a-thon yang diselenggarakan oleh Center for Sex & Culture. Rekod itu dicipta pada tahun 2009.

Sato Masanobu

Masanobu Sato Masanobu mula beronani selama dua jam setiap pagi ketika teman wanitanya melakukan aktiviti harian. Tetapi wanita itu sedikit pun tidak terganggu dengan perilaku Sato. Malah kadang-kadang wanita itu membantunya menjaga masa prestasi.

“Saya berenang dua kali seminggu dan berusaha menambah 5 kilogram otot badan,” dia memberitahu San Francisco Weekly melalui emel. “Ia banyak membantu saya juga, dalam bentuk stamina.”



Share:

GEMPAR!! PAKAI TUDUNG TAPI BAJU KETAT








Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. SUMBER
Share:

WAJIB TENGOK!! budak comel yang tahan dari ngantuk



budak comel yang akan buat korang tergelak gile2
Share:

CUTE GILA !! TIKUS TIDUR BERDENGKUR

comel gila.hehe

sumber
Share:

Thursday, 26 January 2012

Pemenang Anugerah Penipuan Online Terbaik


PEMBERITAHUAN PENTING:-
BERHATI-HATI DENGAN LELAKI INI. DIA SUKA MENYAMAR DAN MENIPU DUIT PEREMPUAN/LELAKI
NAMA: YAZROL ANUAR MAT YAHAYA
UMUR: 34 TAHUN
TARIKH LAHIR: 19/3/1977
TEMPAT TINGGAL: D’RIMBA APT, KOTA DAMANSARA
STATUS: BERKAHWIN (ANAK 3 ORANG)
NAMA SAMARAN: CAZZY ANUAR, REALMODES, ANUAR, CARL ISKANDAR
JAWATAN YANG SELALU DIA TIPU: PEGUAM,PENGAMAL UNDANG2, DOKTOR PAKAR, POLIS INTERPOL
MODUS OPERANDI:-
- MENSASARKAN KEPADA GADIS/JANDA YG BERUMUR LEWAT 30++.
Taktik dia yg selalu guna:-
- Mengatakan dirinya sakit barah otak tahap serius
- Kereta rosak
- Ayah sakit
- Adik nak buat pembedahan
-Tiada pekerjaan dan buat seolah2 dirinya terlalu teruk sehingga mengundang simpati dari wanita.
- Masa mula-mula dia nak tackel perempuan tu, dia akan bercerita keburukan ex dia, keluarga dia..
Janganlah sesekali percaya, jika ada lelaki yang kita baru kenal tak sampai beberapa bulan mula minta duit dari kita tandanya lelaki itu bukanlah serius dgn kita.. Sentiasalah menguji mereka dgn pelbagai cara dan selidikla dia terlebih dulu melalui kawan2 yg pernah mengenali dia.. sekiranya mengenali mereka di laman sosial seperti Facebook,myspace,ym dan sebagainya.. Cuba check email2 mereka di setiap laman sosial dan ingat tarikh lahir, dari situ kita akan jumpa akaun2 lama atau terkini di laman sosial..
MOHON JASA BAIK SEMUA PIHAK UNTUK MENYEBARKAN, INI BUKAN FITNAH ATAU SCAM… KITA TIDAK MAHU MANGSA SELEPAS INI ADALAH ORANG YG KITA KENALI…
JAZAK ALLAH KHAIR
-BNS@CARI.COM.MY
SUMBER: 
Share:

PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?




Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.
Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).
Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.
Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).
Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).
Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.
Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.
Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.
Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.
Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?
Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.
Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.
Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.
Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.
” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.
” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.
” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.
Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.
Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.
Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.
Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.
“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)
Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.
Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.
Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.
Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.
Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.
Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”
Wallahualam.   sumber
Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...