Monday, 23 January 2012
Home »
Info dan Fakta
» SEJARAH ASAL USUL "PIZZA"
SEJARAH ASAL USUL "PIZZA"
Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, dan lain-lain lagi.
Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.
Penciptaan pizza yang sempurna berlaku pada zaman renaissance di Napoli, Itali. Para petani di sana membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Manakala di tengah-tengahnya pula ditabur hirisan keju mozzarella. Seterusnya tomato diperkenalkan. Campuran tomato menjadikan pizza itu lebih lazat. Dengan itu, keju mozzarella dan tomato menjadi bahan utama dalam penyediaan pizza.
Oleh itu, tidak hairanlah dikatakan kota Napoli merupakan ibu kota pizza. Malah, pizza Napolita adalah salah satu pizza yang paling popular di dunia. Pizza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan golongan istana. Dengan itu, muncul pizza Margherita yang diambil sempena nama Ratu Margherita dari Itali.
Pizza telah dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Malah, pizza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia.
Pizza Satay
Pizza Satay adalah ciptaan Malaysia dan sekarang terkenal di Nusantara Melayu, terutamanya di Malaysia, dan juga di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Pizza jenis inilah telah membuat makanan Malaysia berbeza dari negara-negara lain di Asia (contohnya Thailand dengan sos cili manis dan Jepun dengan sushi). SUMBER
loading...
0 comments:
Post a Comment