TERBARU : Pengesahan dari Mazidul Akmal tentang kematian Bob Kuman ~ Bila Han Bercerita

Thursday 3 May 2012

TERBARU : Pengesahan dari Mazidul Akmal tentang kematian Bob Kuman




Fuh,,hari ni seharian tak dapat buka blog,internet problem.jadi gua buat keputusan untuk blogwalking dan buka fb guna handphone.tengah merayau jumpa benda yang mengejutkan.mari kita sedekahkan al fatihah untuk bob kuman.

sini laporan penuh dari sinar harian disertakan status facebook Mazidul Akmal.



SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.



Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.-SINAR HARIAN
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...